Alkhatiri Travel

Jakel Tunaikan Hasrat Umrah Percuma Kepada Pelanggan

December 01, 2018,0 Comments

Umrah Percuma Dilaksanakan | Jakel Trading merealisasikan impian seramai 200 orang pelanggan bertuah dari seluruh Malaysia untuk menunaikan ibadah Umrah secara PERCUMA bagi memenuhi hasrat mereka yang ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Majlis taklimat ringkas dan penyerahan sebagai tanda penghargaan kepada 200 bakal jemaah Umrah. Selain itu pemberian mock-up turut diserahkan kepada pihak Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd bagi simbolik kepada majlis tersebut.


Kalau korang nak tahu, hadiah Umrah Percuma ini adalah dari Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 yang diadakan pada Jualan Akhir Tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia sebelum ini . Ahaa memang sangat rugi lah sape yang tak join tu kan? hhuk. Nak jugaaaaaa!

Kempen Beli & Menang tersebut menggunakan kaedah dimana pelanggan yang berbelanja produk Jakel dengan pembelian RM1000 ke atas layak untuk menyertai dan mengisi maklumat di kupon penyertaan serta memasukkan kupon tersebut ke dalam kotak yang disediakan di bahagian kaunter pembayaran. Kesemua penyertaan dikumpulkan selama 30 minggu sehingga cabutan hadiah dilakukan. Cabutan tersebut dilakukan bersama-sama dengan Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh Malaysia.

Best sangat! Jom lah kita berbelanja RM1000 dan ke atas nanti ya?! Mar pun nak juga dapat Umrah percuma ni T_T. Boleh bawa pasangan pula taw. Tak rugi sangat. Kalau Mar dapat, Mar nak bawa ayah! Hhehe. 

Perlaksanaan penganjuran kempen ini adalah salah satu alternatif bagi Jakel untuk menghargai & meraikan sokongan kepada para pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel selama bertapak di Malaysia. Oleh itu Jakel menggunakan medium ini sebagai tanda terima kasih dengan mengembalikan semula sokongan dan berkongsi semula keuntungan bersama para pelanggan.

Atas dasar keprihatinan, Jakel mengambil platform ini dengan memberi peluang kepada mereka yang bertuah untuk menunaikan ibadah Umrah, di mana ianya ditanggung sepenuhnya oleh pihak Jakel. Memandangkan majoriti pembeli di Jakel merupakan bangsa Melayu dan beragama Islam, ini membolehkan Jakel membantu untuk membawa pelanggan bertuah mengerjakan IBADAH UMRAH secara PERCUMA. Selain itu, ianya adalah untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jakel kepada pelanggannya, menandakan ketelusan Jakel dalam memenuhi janji yang ditawarkan.

Kesemua para pemenang akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Januari 2019. Tahniah Mar ucapkan kepada semua pemenang yang bertuah! Mar tumpang happy sangat, bila dekat majlis tersebut boleh tengok wajah wajah mereka yang sangat happy, terharu & teruja! Mar pun sebak. Moga moga ada rezeki Mar juga nanti. Allahumma Ameen. :)


Sekarang ni, Jakel turut mengadakan jualan akhir tahun 2018 di semua cawangan Jakel yang kini sedang berlangsung bermula pada 23 November sehingga 6 Januari 2019. Potongan separuh harga diberikan dengan menawarkan koleksi kain kain terbaru untuk tahun 2019. Jualan akhir tahun kali ini lebih menarik dengan kemasukkan kain kain baru dengan corak yang lebih fresh dan trendy sesuai untuk semua golongan terutamanya wanita & keluarga. Koleksi terkini seperti koleksi Hanis Zalikha Ramadan 2019 antara yang menjadi pilihan ramai. Jomla kita menyoping ye adik kakok semuo? hhe

Heyy! Mar tumpang bergambar semangat dekat bagasi untuk para pemenang ni, ambil berkat la juga! hehe Moga selamat tiba semua! Jomlah kita shopping seribu tahun depan! hhe
__________________________________
Untuk maklumat lanjut tentang Jakel Textile korang semua 
boleh layari media sosial jakel di :

INSTAGRAMJakeltextile
FACEBOOK: Jakeltextile 



You Might Also Like

0 comments: