Cuti cuti malaysia

Dua Hotel Terbaik Di Perak !

March 30, 2018,5 Comments

M ROOF HOTEL
TRIP PERAK | Hari 1 & Hari2 Mar menginap di M ROOF Hotel . 
Hotel yang paling exclusive di Perak.
Bahagian lobi hotel yang sangat exclusive



 THE DELUXE ROOM
Bilik yang super duper selesa.


Sangat Selesa, Servis yang terbaik. Mar bagi 10/10% untuk semua servis. 
Korang yang nak stay dekat sini boleh terus survey website :
untuk membuat tempahan segera taw. 


M BOUTIQUE HOTEL
HARI ke 3, Mar menginap di M Boutique Hotel, Hotel yang sangat urban style ! Paling suka, & Favourite hotel lah! Dari luar pun dah nampak unik, masuk dalam lagi gempak taw!


Waaah! Lawa kan? Suasana dalam hotel yang urban & klasik 
 Dalam bilik pun sama, mengekalkan style sama di setiap sudut hotel . Unik sangat!






 Bahagian Toilet dekat lobi pun sangat style! Its fantastic & cool!
Boleh visit website : https://www.mboutiquehotels.com/ untuk pilih bilik yang cool! hhe 
Mar bagi 10/10% untuk semua servis hotel ni! Terbaik sangat!
Address2, Hala Datuk 5, 31650 Ipoh, Perak
Bila stay di Perak mestilah nak berkunjung ke tempat menarik kan? Baca SINI 
Dan wajib nak singgah kat tempat makan best! Baca SINI

Bye guys
xoxo

5 comments:

Food

Tempat Makan Sedap Di Perak Wajib Singgah

March 30, 2018,0 Comments

NASI BAMBOO SUNGAI KLAH
Kami bertolak ke Perak dalam pukul 10 pagi dan destinasi pertama kami singgah di kedai Nasi Bamboo Viral. Mar ingatkan kedai tu biasa biasa je tapi bila sampai kat sana, Mak aih ramainya orang. Beratuq sakan!
Kedai Nasi Bamboo ni memang sangat besar & luas. Teruja tengok variasi menu makanan dekat sini. Korang bayangkanlah ada 100 hidangan di Nasi Bamboo ni & menu ni adalah menu semua negeri ada. So kalau Mar ni orang pantai timur nak makan masakan dari pantai timur pun ada taw. Sebab tu excited sangat sampai tak tahu nak ambil yang mana satu hehe








Kemain beratuq sakan noh. Nasib baik kami pergi awal hhee.


Semua jenis kerabu ada.
Kata Owner, memang beliau buat menu untuk semua negeri memandangkan kat sini ramai pengunjung/pelancong dari seluruh negeri singgah. It's good idea taw! . Dan yang paling best lagi ada menu yang paling istimewa beliau hasilkan iaitu Nasi Bamboo atau Nasi dalam buluh .First time Mar makan, memang sedap, so hari tu Mar decide untuk try menu istimewa dekat Nasi Bamboo ni yang Mar tak pernah makan. Mar tak cerewet taw dalam bab makanan, so Mar boleh je try makanan yg belum pernah Mar jumpa atau makan.


Antara Menu istimewa di restauran ni, sedap. Semuanya Mar makan dengan berselera sekali
(Nasi Bamboo,Nasi Panggang serunding ayam, Ayam Kg Goreng Serbuk,Kambing Salai,Ayam bunian, Kerabu Pegaga )

MAKLUMAT NASI BAMBOO RESTAURANT :
Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat
Dibuka seawal 10.30 pagi sehingga 6.00petang.
Alamat
Exit Tol Sungkai, dari traffic light ambil kanan 300m sampai.
Instagramnasibamboosgklah 

BIG BOWL RAMEN
First time Mar kunjungi Big Bowl Ramen, yang mana ianya mempunyai sijil Halal. Bila dengar ramen atau noodle Mar la paling excited sebab favourite. Not bad semua menu kat sini . Tapi Mar paling suka Asam Laksa & kari kat sini . Then Mar try pula puding caramel & coconut shake pun sedapppppp .  Kalau korang tengok bowl besar besar tu tak da la Mar makan sorang hhe. 1bowl tu memang dikhaskan untuk 3 orang makan . So kalau datang sini nak bowl yang besau tu korang datangla ramai ramai dengan kawan & famili taw . 









UNTUK MAKLUMAT LANJUT :
Facebook : BigBowlRamenn


RESTAURANT GORENG GORENG
Pada waktu malam sebelum balik ke Hotel, Mar singgah di Restorant Goreng Goreng, restoran ni terkenal dengan menu western mereka yang agak sedap . Malam tu Mar try semua jenis menu kat sini. Semuanyaaa sedapp. Dekorasi kedai ni pun Mar suka sangat urban style ! 




















Untuk Maklumat Lanjut :
Address:  27, Jln Meru Utama A1, Ipoh, Perak
Hours
Open ⋅ Closes 12A 
Phone012-477 7508
INSTAGRAMgoreng2cafe 

LEISURE FARM RESTAURANT
Kami berkunjung di Refarm pada hari pertama, bila ke sana wajiblah try menu di Restoran Leisure Refarm ni, yang mana ianya adalah restoran chinese food. Mar suka taw makanan chinese ni sedap & banyak khasiat . 












Ini hidangan yang Mar paling suka, sos dia manis, masam, cukup rasa, rasa macam 
nak mintak resepi je hhe. 


DISNEY BEAUTY AND THE BEAST CAFE
Korang tahu Cafe Beauty and The Beast ni terletak di Disneyland House taw, kami berkunjung ke Disneyland house untuk tengok sendiri betapa cantikknya tempat ni, dan kami pilih Cafe Beast & Beauty untuk minum ais kepal . Omg , dapat ais kepal petang petang memang sedap sangattttttt . Mar order ais kepal milo . Not bad, sedap habis 1 mangkuk i makan hhiks .

ALAMAT :
No 55-G, Disney Avenue, Bandar Agacia, 31910, Kampar, Perak 


RESTAURANT MIKER
Pada waktu malam, kami semua ke Restaurant Miker, dari jauh lagi dah nampak betapa cantiknyaaaaa kedai ni . Kedai Miker ni tersohor dengan Pizza & Tomyam Kelapa. Sampai kat kedai ni, mak aih full house hhu nasib baik ada seat . Pizza kat kedai ni best . Tomyam kelapa okayla .






Maklumat Lanjut: 
AddressJalan Padang, 30020 Ipoh, Perak
Hours
Open ⋅ Closes 12AM

MEE UDANG MAKJAH KUALA SEPETANG
Ahaaa! korang yang datang Perak, memang wajib singgah dekat sini kan? Makjah Mee Udang ni memang dah tersohor sejak dulu lagi . So kalau kedai yang orang cakap best ni Mar pun nak jugak rasa sendiri, yeke best?. hhiks ! Mar order Mee Udang Special. Beza dia adalah saiz udang je. Bila sampai je kat meja, wahhh besarnyaaaa udanggg. Yang pasti bila makan tu, udang dia rasa sangat segar. Memang tak rugi singgah dekat Makjah Mee Udang ni. Sedap!
ALAMAT :
AddressKampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Hours
Open ⋅ Closes 10PM


Thanks sudi singgah baca.
 If you guys nak ke tempat menarik di Perak boleh baca SINI
Menginap di Hotel Paling Best di Perak baca SINI
Bye, Love
Xoxo 

0 comments: