Diffenz Junior Perlindungan Terbaik Untuk Kanak-Kanak Dari Jangkitan Kuman dan Virus

November 20, 2021,3 Comments

Hai semua, Pandemik Covid-19 menyaksikan ramai diantara kita diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran dari dibuang kerja, perniagaan terjejas, pelbagai sektor ekonomi ditutup, pergerakan sosial terbatas dan macam-macam lagi.

Kita sekarang ni hidup dalam norma baharu dimana setiap aktiviti yang kita lakukan kini perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Semua ini dibuat untuk membendung penularan Covid-19.

Walau pun kini kita telah bebas kemana-mana tanpa disekat, ianya bukan menunjukkan kita boleh leka dengan virus Covid-19 kerana kes jangkitan harian di negara kita masih lagi tinggi dan berkemungkinan angka ini akan meningkat jika kita tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Tindakan segelintir ibu bapa yang membawa kanak-kanak yang belum menerima vaksin dengan keluar ke kawasan berisiko tinggi, terutamanya ke ruangan tertutup dengan aliran udara yang buruk dan sesak serta mempunyai tahap prosedur operasi standard (SOP) longgar, mendedahkan mereka kepada individu yang berpotensi menyebarkan virus kepada golongan yang sensitif ini.

 

Sumber: Bernama

Risiko kanak-kanak dijangkiti COVID-19 lebih tinggi, khususnya mereka yang berusia bawah usia 12 tahun dan belum divaksin. Sehingga 30 September, lebih 400,000 kes jangkitan COVID-19 membabitkan individu bawah 18 tahun direkodkan, meningkat daripada sekitar 12,000 pada tahun lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak 252,569 murid sekolah, manakala 42,831 lagi kanak-kanak prasekolah (sumber: BH Online). Siapa yang pernah alami dijangkiti dengan Covid-19 atau kontak rapat sahaja tahu betapa peritnya dijangkiti dan dikuarantin. Lebih kesian jika anak-anak kecil ini terpaksa diswab untuk diambil sampel.

 Jadi bagaimana kita nak memastikan kanak-kanak ini terlindung daripada jangkitan Covid-19?


Selain itu, Diffenz Junior juga berfungsi untuk melengkapi nutrisi bagi anak-anak ini. 

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid

 Apakah bahan yang ada dalam Diffenz Junior? Untuk pengetahuan korang semua, Diffenz Junior ini mengandungi Cendawan Susu Harimau, Kolostrum, Multivitamin dan Mineral, Buah Camu-Camu Vitamin C dan Vitamin D. Semua bahan-bahan ini dapat menyokong tumbesaran dan sistem imun anak-anak.

 Jom kita ambil tahu serba sedikit bahan utama dalam Diffenz Junior ni.

 Khasiat Cendawan Susu Harimau


Bayangkan betapa hebatnya ciptaan Yang Maha Kuasa. Sejenis tumbuhan semulajadi yang hanya boleh didapati di lantai hutan rupanya menjadi khazanah berharga. Namun siapa yang mampu masuk jauh ke dalam hutan untuk semata-mata mencari cendawan yang tumbuh daripada titisan susu harimau?

 Di sini lah peranan saintis bagi memudahkan manusia mendapat khasiat daripada nutrisi anugerah Ilahi dengan cara mengekstrak bahan berharga dan kaya khasiat tersebut seterusnya menyediakannya dalam bentuk yang lebih mudah diambil dengan hanya dalam satu tablet. 

 Kolostrum 

Siapa sangka khasiat cecair melekit berwarna kuning pada susu awal ibu kaya dengan kolostrum yang mempunyai banyak khasiat sehingga digelar susu emas. Namun, ia hanya bertahan sekitar tiga hari selepas kelahiran bayi. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

 Apakah sifat sifat cecair yang amat istimewa ini?

 Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A. Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan anak yang tersayang.

 Di sini lah saintis turut memainkan peranan dalam memudahkan para ibu untuk terus memberi khasiat kolostrum kepada anak-anak melalui nutrisi kolostrum daripada susu lembu. Ia bukan hanya mempunyai khasiat hampir sama seperti susu ibu, malah disediakan dalam bentuk yang lebih mudah.

Apa yang penting Kita Ikhtiar selagi ada nyawa di badan. Menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memilih yang baik dan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga. 

 

Mengubati penyakit adalah menjadi kewajipan sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Setiap satu penyakit bukan saja ada satu malah berkemungkinan mempunyai puluhan ubat. Kajian demi kajian dari semasa ke semasa telah membongkar rahsia alam semulajadi yang memiliki kuasa penyembuhan yang amat bermanfaat. 

 QS. Yunus Ayat 57

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاۤءَتْكُمْ مَّوْعِظَةٌ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَشِفَاۤءٌ لِّمَا فِى الصُّدُوْرِۙ وَهُدًى وَّرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ
57. Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.

 Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya: 

 "Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah

 (Riwayat Muslim dan Ahmad) 

 Nabi menyatakan: "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Ubat atau penawar kepada penyakit itu  sudah diadakan Allah, cuma tugas kita untuk mencarinya.  

 Potongan ayat Al-Quran dan Hadis diatas menunjukkan setiap penyakit itu ada penawarnya dengan izin Allah dan tugas kita sebagai manusia, kita perlu mencarinya.

 Jadi tugas ibu bapa adalah korang perlu pastikan anak-anak ini tidak terdedah dengan jangkitan kuman dan virus. Elakkan bawa mereka ke tempat-tempat yang sesak dan berisiko. Sebagai langkah penjagaan, boleh juga dapatkan Eskayvie Diffenz Junior sebagai perlindungan kepada anak-anak untuk tingkatkan sistem imun badan mereka.

 Untuk dapatkan Diffenz Junior ini boleh layari website dan media sosial dibawah. Kita ikhtiar untuk memastikan perlindungan yang terbaik untuk anak-anak kita.

 

Website: https://diffenzjunior.com 
FB PAGE: Eskayvie Malaysia
https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia - 
https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

 

 

 

 

 


You Might Also Like

3 comments:

  1. Great blog! Do you have any tips for aspiring writers? I’m hoping to start my own blog soon but I’m a little lost on everything.
    고스톱

    ReplyDelete
  2. It’s in reality a nice and useful piece of info. I am glad that
    you shared this useful information with us. Please stay us up
    to date like this. Thanks for sharing.
    스포츠토토

    ReplyDelete
  3. I carry on listening to the news broadcast lecture about getting boundless online grant applications so I have been looking around for the most excellent site to get one. Could you advise me please, where could i acquire some?
    토토사이트

    ReplyDelete