Eggstra Padu

Marrybrown kenalkan menu baru Salted Egg pula!

June 02, 2020,4 Comments

Hellu semua!  musim musim pkpb mesti teringin nak makan something best kan? asyik masak je kat rumah, jadi buat pengetahuan semua kat luar sana, Marrybrown kembali memperkenalkan menu terbaru dengan gabungan Telur Masin yang menyajikan dua pilihan  Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan dengan sos Telur Masin yang padu!

Korang tahu tak kalau telur masin ni Mar suka sangat makan time sahur bulan ramadhan taw haha, mestilah telur masin ni kegemaran Mar. Dan Mar pasti ia salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia! Eh rugilah sape tak makan. Bila Marrybrown keluarkan menu baru dari telur masin sebenar rasa egg-cited gila hhe , yelah makanan favourite kan. Jadi you guys kat luar sana kena try MB SALTED EGG ni taw. Mar dah try dua dua memang egg-stra padu. 

Untuk promosi Telur Masin, para peminat Marrybrown mempunyai dua pilihan yang enak iaitu Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan kentang jejari atau Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad. Kedua-dua menu ni ada sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang wangi, memang sesuai lah dengan citarasa rakyat Malaysia ni.

MB SALTED AYAM
2 ketul ayam: Harga bermula dari RM 15.90
3 ketul ayam : Harga bermula dari RM 18.80
Suka sangat ayam salted egg ni, rasa lemak lemak kuah salted egg tu, dan rasa pedas sedap sangat

MB SALTED EGG BURGER
Harga bermula dari RM 15.00
Burger pun sedap jugak, try korang mintak kuah salted egg lebih haha 

Yang pastinya kedua-dua hidangan kombo dihidangkan dengan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang cukup menyegarkan taw! So apa lagi jom try! Eh musim pkpb malas nak keluar pun tak pa, sebab korang kan boleh order dengan grab food atau foodpanda je. hehhe

“Kami sedar bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, kami yakin bahawa sos kami akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan kami tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini,” ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

“Kami menjemput dan berharap rakyat Malaysia akan teruja untuk menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown dan merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu yang penuh kelazatan. Pasti menggugat selera rakyat tempatan!” tambah Dato’ Joshua.

“Di Marrybrown, kami sentiasa berusaha untuk menyajikan pelbagai hidangan yang berbeza untuk pelanggan kami dari segi aspek makanan ataupun layanan. Kami berharap pada masa yang akan datang, kami dapat mencapai kesemua matlamat ini dengan jayanya ,” kata Dato’ Joshua.

Ni Mar pergi musim PKPB, boleh je nak makan kat restauran taw asalkan jaga jarak . 
So awak dilarang duduk dekat tanda X tu ya? 
Nanti selamanya awak jadi Ex saya . Eh hahahahha sempat!



Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, 
promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan you guys boleh layari :

Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV



4 comments: