Muslim Volunteer Malaysia

Malam Penghargaan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia 2018

January 12, 2019,0 Comments

Malam Penghargaan Sukarelawan, Keluarga Asnaf, Pekerja, Penaja, Rakan NGO, Rakan Media Muslim Volunteer Malaysia 2018

Assalamualaikum Semua!
Beberapa hari lepas Mar ke Majlis Penghargaan Sukarelawan, Keluarga Asnaf, Pekerja, Penaja, Rakan NGO dan Rakan Media Muslim Volunteer Malaysia . Mar teruja sangat dapat turut serta dalam Majlis ni taw . Sebab apa? Sebab Mar selalu ikut perkembangan MVM ni yang mana dari sekecil kecil pernubuhan sehingga lah mempunyai nama yang cukup besar & hebat sekarang! Well done ! Mar bangga sangat dgn NGO ni yang mana ia ditubuhkan oleh anak muda dari Kelantan iaitu Tuan Muhammad bin Jantan .  


Sebelum ni Mar ada handle satu  NGO Volunteer kecil dan Mar teringin sangat untuk bekerjasama dengan NGO MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA ni taw. Tapi disebabkan kekangan masa tak dapat untuk laksanakan impian tu . huhu. Mana taw one day kan! Hhe
Pada tahun ini, VAA 2018 telah diadakan di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang . Pertama kali okay Mar ke Bizmilla Wedding Centre ni. Cantikk sangat! Macam nak buat wedding kat sini je. EH! Hahha sempat!  Kali ni ramai sangat yang hadir kat VAA taw, mereka yang terdiri daripada orang awam, sukarelawan MVM, keluarga asnaf, tetamu jemputan VIP, para penaja, rakan NGO, rakan Media, dan selebriti jemputan. VAA 2018 kali ini bertemakan “A Night of Appreciation dan berkonsepkan “Garden”.


Pada majlis tersebut,  Presiden MVM, Tuan Muhammad bin Jantan telah memberi sedikit ucapan sekaligus merasmikan VAA 2018. Istimewa pada kali ini, Tuan Muhammad telah  merasmikan 3 inisiatif baru MVM untuk tahun 2019 iaitu Pusat Tuisyen Salam, Sistem Auto debit sumbangan, dan projek penulisan #PenaMVM. Wahhh! Makin banyak kemudahan yang dilakukan oleh MVM ni! Hebatttt .

Kalau korang nak tahu, Pusat Tuisyen Salam merupakan satu inisiatif untuk memberi pendidikan percuma kepada anak-anak asnaf Pure Heart dan juga dibuka untuk orang awam dengan bayaran yang berpatutan. Ia juga merupakan salah satu inisiatif bagi menjana ekonomi MVM untuk menampung kos operasi. Sistem Auto debit pula merupakan salah satu alternatif lain yang diusahakan untuk memudahkan orang awam menghulurkan sumbangan untuk program-program kebajikan dan misi kemanusiaan anjuran MVM secara tetap setiap bulan. Sistem auto debit ini boleh digunakan melalui website donation MVM iaitu www.donation.mvm.org.my dengan memilih tetapan monthly donation. Seterusnya, projek #PenaMVM pula merupakan satu projek penulisan bagi mencungkil bakatbakat penulisan dalam kalangan sukarelawan MVM. Sukarelawan MVM yang berminat untuk menyertai projek #PenaMVM hanya perlu menghantar artikel atau cerita mereka berdasarkan topik yang dikeluarkan setiap bulan.






Pada kemuncak  VAA 2018 ada sesi penganugerahan bagi menghargai jasa para sukarelawan MVM, pekerja MVM dan juga keluarga asnaf. Sebanyak 6 anugerah yang telah dipertandingkan iaitu anugerah Jasa Bakti, Inspirasi, Sukarelawan Harapan, Institusi Harapan, Sukarelawan Siswa dan Di Sebalik Tabir. Manakala 5 anugerah khas yang telah diberikan kepada sukarelawan MVM yang paling komited, keluarga asnaf MVM dan juga idola sukarelawan negara.
Anugerah khas tersebut adalah anugerah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, anugerah Prof. Dr. Muhaya, anugerah Inspirasi Pure Heart, anugerah Inspirasi Keluarga Mithali, anugerah Top Seller Jualan Tiket VAA dan anugerah Tokoh Kemanusiaan.

Anugerah Tokoh Kemanusiaan ini merupakan kali pertama diperkenalkan oleh MVM dan telah diberikan kepada Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Beliau merupakan inspirasi tokoh sukarelawan negara yang menjadi contoh kepada anak-anak muda yang ingin bergiat aktif dalam bidang kesukarelawanan.



Selain itu, Kat sana juga  diraikan dengan cabutan bertuah dan juga persembahan selebriti jemputan iaitu Lah Ahmad dan kumpulan nasyid Inteam taw! Kita dah la peminat Lah Ahmad! Hhe terujaa!
Dalam kemeriahan dan keseronokan malam VAA 2018, MVM juga tidak melupakan saudarasaudara pelarian Syria yang kini menderita kesejukan di kem pelarian Syria. MVM telah mengadakan satu slot “5 minutes that counts di mana kutipan dana dijalankan untuk kempen Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 3.0. Syukur kepada Allah swt, dana yang terkumpul pada malam VAA ini telah mencapai RM4,755.70 . Alhamdulillah !


Baru baru ni ramai yang tanya Mar macam mana nak bagi sumbangan juga kan. Untuk anda semua yang nak memberikan sumbangan secara ikhlas boleh terus masukkan ke akaun sumbangan MVM  :
Akaun Sumbangan:
Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)


Dengan izin Allah, pada tahun 2019 ini MVM menyasarkan 118 program kebajikan dan kemanusiaan dimana 90% adalah di dalam Malaysia dan 10% di luar negara. Wah bestnyaaa! Sebelum ini Mar pernah join sekali sahaja sebagai Volunter untuk Muslim Volunteer Malaysia. Harap lepas ni dapat sertai lagi aktiviti sukarelawan ni. Insha Allah.  Semoga segala usaha dan komitmen yang diberikan oleh semua MVM menjadi saham di akhirat nanti. Ameen !


Sebarang maklumat boleh diajukan melalui:
Telefon: 603-8074 0434
Alamat: 
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
Dan
Layari laman web Muslim Volunteer Malaysia :
Media Sosial
Laman Rasmi: http://www.mvm.org.my
Laman Sumbangan: https://donation.mvm.org.my/
Facebook: https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia

0 comments:

Ainaa Cleanser

AINAA CLEANSER & AINAA SERUM Merawat Semua Masalah Kulit

January 05, 2019,1 Comments

NSA BEAUTY merawat semua jenis kulit | Hi Semua, dah dekat sebulan Mar cuba pakai Cleanser & Serum Syafiqah Aina & Hafiz Mahamad ni. Nak try juga sebab produk ni viral weyh. Mesti semua terfikir, okay ke tak? menjadi ke tak kan? Jadi bila Mar suka sangat pakai serum,so Mar cuba dapatkan kedua dua produk NSA BEAUTY ni . Yup! Mestila nak try!

Bila bukak je dah bau best, wanginyaaaaaa!. 
Alhamdulillah bila Mar pakai rasa okay dengan kulit muka taw. Setiap orang ada jenis skin berbeza keperluan dalam penjagaannya. Bukannya pakai sebab pengaruh orang jadi kita perlu bijak dalam memilih produk yang sesuai taw✨ Kalau nak tahu okay tak dengan kulit muka korang, jadi korang kena cuba sendiri :)


AINAA CLEANSER
Kenapa Mar nak Cleanser dia sebab korang pernah terfikir tak, pencuci muka tapi boleh juga dijadikan make up remover? Serius best sangat sebab 2 IN 1 . Tak perlu lah Mar keluarkan duit lebih nak beli make up remover lain lagi . Dengan AINAA CLEANSER je dapat jadikan pencuci
muka & make up remover . yey!
PENGGUNAAN AINAA CLEANSER :
Picitkan ainaa cleanser ke tapak tangan atau dekat kapas then urutkan kat seluruh muka sehingga kesemua make up tertanggal. Then ambil wet tissue atau kain bersih lap di seluruh muka then cuci muka lagi sekali dengan AINAA Cleanser .

KELEBIHAN AINAA CLEANSER

-Anti Jerawat
-Menanggalkan Makeup
-Membersihkan liang roma
-Menyegarkan kulit
-Membersihkan lebihan minyak dan kotoran  

KANDUNGAN AINAA CLEANSER
-Castor oil- Coconut- Lecithin-Avena seed extract


AINAA SERUM
 Serum pula, Mar pakai before make up, jadikan alas make up . So make up smooth dan tahan lama, kalau terus pakai foundation atau bedak rasa macam xbest, rasa kulit muka ni cepat sangat pudar atau make up jadi mudah crack . 
PENGGUNAAN AINAA SERUM
Senang sangat nak pakai serum ni, picit je kat tangan dan korang dab dab rata kat seluruh kulit muka. Nak pakai kat leher pun boleh . Yup! Memang bau dia wangi sangat. 


KELEBIHAN AINAA SERUM
-Anti Penuaan dan kulit kelihatan lebih muda
-Kulit lebih cerah
 -Meremaja danmemperbaharui kulit
-Mengurangkan pigmentasi  & memudarkan parut
-Meningkatkan pembaharuan sel kulit
-Mengecilkan liang pori- pori
-Kandungan berasaskan bahan semulajadi sesuai untuk semua jenis kulit

KANDUNGAN AINAA SERUM 
- Timun-Alor vera-Soapwort-Lavender-Asparagopsis Armata 



HARGA :

Ainaa Cleanser | RM45 | 50 ml

Ainaa Serum | RM65 | 15 ml



Bagi Mar, untuk jaga kulit muka dua benda wajib kena ada adalah cleanser & juga serum taw, kalau korang ada baca entri Mar yang lepas Mar ada pergi spa untuk check kesihatan kulit . Baru i tahu bila kita selalu guna cleanser & buat urutan dekat muka ketika cuci muka tu adalah bagus taw. Ia buatkan kulit muka kita lagi sihat & tegang. Yup setiap hari kena ada pergerakan dekat kulit muka baru lah kulit muka kita sihat . 

Jadi kalau korang nak cuba produk AINAA ni, boleh terus
dapatkan & layari laman sosial mereka okay!

Untuk Maklumat Lanjut Layari :

INSTAGRAM : nsabeautyofficial 
FACEBOOK: NSABEAUOfficial 
WEBSITE : https://www.nsabeau.my/


#IDAHCANTIKYOUBILALAGI :)
Thanks for reading xoxo

1 comments: