Syarikat Terkemuka Malaysia Menetapkan Pembinaan Kapal Berkuasa Pertama di Malaysia!

November 23, 2018,0 Comments



        MTCMS Design Sdn B
 
SYARIKAT TERKEMUKA MALAYSIA SYNERGY MARINE MENETAPKAN
PEMBINAAN KAPAL BERKUASA LNG PERTAMA DI MALAYSIA
Synergy Marine berpadu tenaga dengan MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad mengambil langkah proaktif bagi menerajui dan merintis teknologi hijau di dalam sektor kapal sokongan luar pesisir.

HEBATNYA! Malaysia bakal mencatatkan satu detik penting dalam industri maritim apabila Synergy Marine (M) Sdn Bhd, jenama terkemuka pengurusan kapal bersepadu, mengumumkan kerjasamanya dengan syarikat tempatan, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad (menerusi anak syarikatnya Shin Yang Shipyards Sdn Bhd) bagi mereka bentuk, membina dan menjayakan Pembinaan Kapal Berkuasa LNG pertama di Malaysia, yang akan merevolusikan sektor maritim di negara ini. 




Kapal berkenaan bukan sahaja kapal pertama di Malaysia dan di seluruh Asia, ia juga merupakan kapal pertama yang dibina di pesisir Malaysia. Synergy Marine telah menyahut cabaran untuk membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi melaksanakan evolusi dalam mereka bentuk kapal dengan menggunakan teknologi 3D yang tercanggih dan termaju, termasuklah teknologi digital twin untuk kapal baru, lengkap dengan teknologi realiti maya untuk tujuan penyelenggaraan, ujian keselamatan dan latihan.

Synergy Marine akan menggunakan kapal berkenaan bagi memberikan perkhidmatan kepada pelbagai syarikat Minyak dan Gas global yang bakal mendapat manfaat daripada kapal yang terkenal ini yang bukan sahaja mematuhi peraturan IMO, tetapi dengan penggunaan kapal Berteknologi Tinggi dan Hijau di dalam operasi Minyak dan Gas mereka, kapal tersebut dapat menjimatkan penggunaan bahan api di dalam mana-mana operasi Minyak dan Gas.

Pengarah Urusan Synergy Marine, Dato’ Roslan Ahmad berkata penggunaan sistem enjin gas asli cecair atau LNG dapat mengurangkan pelepasan sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan zarah terampai dengan ketara, menjadikan alam sekitar lebih hijau dan pada masa sama mematuhi peraturan pertubuhan maritim antarabangsa.

“Berbekalkan pengalaman luas kami di dalam perniagaan serta operasi marin dan luar pesisir, ditambah pula dengan pengetahuan mendalam, rangkaian kerja yang luas dan keupayaan yang kukuh, penjagaan alam sekitar adalah salah satu daripada nilai teras kami, dan kami mengambil langkah proaktif untuk menerajui dan merintis teknologi hijau di dalam sektor kapal sokongan luar pesisir,” kata Dato’ Roslan.

“Selepas kemelesetan ekonomi yang panjang dan kemerosotan harga minyak sejak 2016, ketika ini kami dapat melihat kebanyakan syarikat Minyak dan Gas telah memulakan semula kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran di seluruh dunia. Ini adalah petanda bagus kerana ia menunjukkan bahawa industri maritim dan perkapalan telah berkembang semula. Sehubungan itu, kami telah mengambil langkah seterusnya di dalam perjalanan ini untuk menjadi penyedia Kapal Sokongan Luar Pesisir pilihan bagi menyokong kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran Minyak dan Gas dengan etika perniagaan yang tinggi bagi memenuhi jangkaan pelanggan kami.”

Dengan adanya kapal baru berukuran 76.8 meter panjang, 19 meter lebar, kapasiti dek 600 meter persegi, dilengkapi dengan sistem enjin dwi bahan api iaitu LNG dan diesel, kerjasama ini terbukti menjadi detik terpenting antara Synergy Marine, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad, dengan pembangunan di dalam kedua-dua bidang Teknologi Tinggi dan Teknologi Hijau. Ketiga-tiga syarikat bereputasi tinggi itu juga menandatangani satu Memorandum Persefahaman bagi menggabungkan kepakaran dalam membangunkan Kapal Teknologi Hijau, disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 2 (Operasi) Jabatan Marin Malaysia, Tuan Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail.

“Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan MTCMS Design dan Shin Yang Shipping untuk kapal berkuasa LNG pertama kami. Sistem pendorong kapal kami yang baru direka menggunakan enjin penjimat tenaga dan mesin serta peralatan cekap tenaga. Oleh itu, berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam mereka bentuk kapal dan penggunaan Teknologi Digital Twin, kami telah memutuskan untuk melantik MTMCS Design untuk menjadi pereka bentuk kapal kami dan bekerjasama dengan Shin Yang Shipping untuk membina kapal berkenaan berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam pembinaan banyak Kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV) dan keupayaan serta kapasiti mereka yang tinggi di dalam bidang ini.”

“Rekod prestasi yang cemerlang di dalam profil mereka itu digabungkan dengan sejarah kami yang mantap di dalam sektor perkapalan maritim, perjanjian perintis ini membuka peluang yang besar ke arah revolusi pembangunan kapal berkuasa LNG,” kata Dato’ Roslan.


Pembinaan kapal berkenaan akan dimulakan pada Januari 2019 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat tahun 2020. Selepas disiapkan, kapal ini akan sedia untuk disewa mengikut kontrak oleh mana-mana kontraktor Minyak dan Gas, dan ia akan digunakan untuk operasi tertentu di dalam pasaran global.

Hebat kan? Bila Mar hadiri MOU ni, rasa sangat sangat bangga dengan negara sendiri . 
Goodjob Synergy Marine!



0 comments:

Beauty product

Wah! Pertama Kali Safi Keluarkan Kolagen Kecantikan Dalaman!

November 23, 2018,0 Comments

Kecantikan Sejati bermula dari dalaman | Hai Semua! , Beberapa hari lalu Mar terlibat dalam pelancaran Safi Kolagen sebagai KOL Safi dekat event tersebut.  Sangat teruja! Tahu kenapa? Sebab pertama kali Safi mengeluarkan Safi Kolagen Guys! Woot Woot! Hebat kan?


Untuk pengetahuan awak semua, Mar memang pengguna Safi Skincare dari zaman sekolah lagi. Yup! Jenama pertama skincare Mar adalah Safi bermula umur 14 tahun lagi dan sampai sekarang Mar setia dengan safi lagi taw.  Eh ada yang nak tahu umur Mar eh? Okay sekarang Mar dah 26 tahun. Jadi Mar dah 13 tahun menggunakan Jenama Safi ni. Lama kan?! Heeee
 KOL Safi bersama orang kuat Jenama Safi !
Sekitar Majlis Pelancaran Safi Kolagen

SAFI FAIR BEAUTY BERI KOLAGEN
SAFI jenama penjagaan kulit Halal No.1 Malaysia melancarkan SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen dirumus khusus dengan nutrisi kecantikan yang diperlukan untuk badan. Minuman kecantikan berasaskan kombinasi bahan terpilih seperti Kolagen Marin terhidrolisis, Peptida Sutera, Vitamin C dan Beri Acai ini diperakui Halal oleh JAKIM diformulasi khusus kerana manfaat anti-penuaan dan anti-oksidanya yang tinggi.

Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SERI - SAFI Excellence in Research and Innovation Centre makmal produk Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya. Sebab itulah, Mar yakin & akan setia dengan safi taw!  





Kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam tubuh badan dan membentuk kira-kira 70% sel kulit kita. Ia membantu pertumbuhan kulit, kuku dan rambut yang sihat. Dalam lapisan dermis kulit kita, kolagen adalah infrastruktur penting yang diperlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit, melembut, melembap dan juga membantu pembaharuan sel-sel kulit.

Pada majlis tersebut, Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI turut berkongsi dengan lebih lanjut tentang manfaat “BFF kecantikan” terbaru dari SAFI yang dipasarkan sebagai rangkaian produk kecantikan tambahan kepada rutin penjagaan kulit muka SAFI anda untuk kesan yang lebih efektif. Para pengguna tidak perlu ragu-ragu untuk mengambil minuman Kolagen SAFI kerana ia adalah hasil dari keutuhan jenama SAFI sebagai pakar di dalam penjagaan kulit yang berpengalaman.Faktor persekitaran seperti pendedahan kepada sinaran UV, tekanan, masalah kurang tidur dan gaya hidup seseorang individu itu boleh menyebabkan kulit tidak bermaya serta kusam. Oleh itu, pengambilan minuman kolagen SAFI dapat merangsang kadar penghasilan kolagen,serta menjadikan kulit lebih mulus, cerah dan berseri”.


Tambah beliau lagi, “SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen menggunakan Kolagen Ikan terhidrolisis (HFC/Hydrolyzed Fish Collagen) dari sumber kolagen ikan berasal dari Ikan lautan. HFC mempunyai kandungan protein yang tinggi, larut air dan tidak berbau, lebih mudah dicerna dan diserap oleh badan. Kombinasi manfaat nutrisi kecantikan Beri Acai di dalam minuman kecantikan ini bukan sahaja membantu penghasilan kolagen, ia juga menjadikan tona kulit lebih cerah, sekata dan lebih halus”.

CARA PENYEDIAAN:


Campurkan 1sachet dengan air sejuk 150ml-200ml dan kacau rata.
DISYORKAN : 1sachet setiap hari. 1kotak mengandungi 7hari sachet, dihabiskan dalam 1 minggu.
Disyorkan juga untuk minum satu kali sehari sebelum tidur untuk hasil nutrisi yang optimum.

KELEBIHAN :
Nutrisi kecantikan bahan utama di dalam SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen:

1. Marine Collagen (Kolagen Marin)
· Berat molekul rendah untuk penyerapan mudah
· Tiada rasa, tiada bau – oleh itu anda tidak perlu risau tentang bau atau rasa hanyir

2. Silk Peptide (Peptida Sutera)
· Kaya dengan Asid Amino, protein penting untuk struktur kulit

3. Acai Berry & Vitamin C
· Kaya dengan manfaat anti-oksida yang tinggi untuk kulit


Heyy korang!
PALING RARE OKAY! : 
Korang boleh menikmati minuman SAFI kolagen ini bersama minuman sejuk dan panas atau sup kegemaran kerana kolagen di dalamnya mampu menahan suhu panas sehingga 300° Celcius. Uwwwahh. Hebat sangat ni !!!


Minuman SAFI kolagen ini sesuai diambil oleh mereka yang berusia 25 tahun keatas
1 bekas SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen (450g) mengandungi 90,000mg kolagen. Para pengguna disarankan mengambil 1 sudu (15g) serbuk SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen yang mengandungi 3,000mg kolagen pada sebelah malam 1 – 2 jam sebelum waktu tidur, ini kerana proses perawatan dan pembentukan sel kulit muka berlaku ketika tidur. Lebih berkesan lagi, anda boleh menggunakan sebarang produk penjagaan kulit muka SAFI umpamanya krim malam agar kulit mendapat perawatan dari luar dan dalam semasa tidur.


SAFI FAIR BEAUTY 
Minuman Beri Kolagen dipasarkan dalam dua jenis pilihan bekalan – 1 Bekas x 450g (Pek 30 hari) RM 98.10 dan 1 kotak (7 paket) x 15g RM 29.60 yang boleh didapati di pasaraya, rangkaian farmasi dan toko jamu terpilih di Malaysia. Minuman SAFI kini juga boleh dibeli secara atas talian melalui portal e-dagang LAZADA untuk 3 bulan pertama taw! 
  Korang semua yang suka pakai SAFI juga kita gang taw!  Jangan lupa taw hashtag #BFFSAFIKOLAGEN, #SAFIKOLAGENmyBFF dan #SAFISKINSTORY dekat media sosial korang! Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, korang boleh  layari laman sesawang rasmi SAFI di :

FACEBOOK : SAFIMalaysia
INSTAGRAM : Safi Malaysia 
WEBSITE : www.safi.com.my

Thank you singgah baca 
xoxo!

0 comments:

Cuti cuti malaysia

Berkhemah Gaya Moden Di Glamping LOWT, Perak

November 09, 2018,1 Comments

GLAMPING DI LOST WORLD OF TAMBUN

Hi semua, antara banyak banyak tempat untuk bercuti Mar suka sangat tempat yang penuh kehijauan dan tenang. Lain orang lain citarasa kan? Tapi kalau korang suka tempat kehijauan juga boleh ke LWOT taw sebab kat sini ada glamping best!
Okay jom Mar share dengan korang semua. Glamping adalah khemah moden yang serba lengkap. Kat LWOT ada beberapa buah glamping yang mana kita boleh pilih nak tepi tasik atau pun berdekatan dengan toilet.  Jadi Mar & kawan Mar pilih glamping yang tepi tasik. Kat situ nampak ala ala dalam hutan sikit. Hhiks! 
Mar & kawan kawan
Bestnya rasa macam nak lompat lompat hehe!

GLAMPING 
Okay guys!, Ni la glamping taw. Cantik & sangat besar kan? Mar teruja sangat dapat menginap kat sini. Antara impian Mar tahun ni adalah untuk berkhemah kat sini taw,  akhirnya tercapai, yey!
Glamping ni dipasang atas rumput karpet, jadi takperlu risau takut lecak ke apa taw, hehe
Dalam glamping yang Mar duduk ni ada 3 katil, 2katil single & 1katil king. Dalam ni juga terdapat aircond,kipas,rak kecil, cermin serta tempat penyangkut baju haha memang seakan hotel dah taw, cukup lengkap! Ofcourse tuala pun disediakan okay. Dont worry!


Okay dah ready nak tidur ke Mar? hehe muka tasabar sangat!

GLAMPING DI PERMUKAAN TASIK ( Bagi Mar Kat sini paling cantik! ) 

Kat tasik ni banyak aktiviti yang boleh buat sebagai contohnya kayak/ aktiviti team building -water confident & sebagainya.
Kat LOWT ni ada buggy disediakan untuk pelancong taw, jadi tak risau nak pergi mana mana tempat dalam LWOT ni kita naik buggy okies! Jalan pun syok juga .


BBQ TIME
Bila menginap kat Glamping LWOT ni ada pakej untuk BBQ taw, best sangat. Staf LWOT akan buat semua preparation untuk BBQ, siap dengan bakar sekali, bagus sangat. Semuanya sedap & sangat banyak. Heyy! sampai kekenyangan kami dibuatnya. Tu pun tak habis sebab banyakkk T_T kalau perut ada space lagi Mar makan sampai habis! hhiks . 
Masih teringat ingat lagi makanan BBQ ni sedap sangatttttt T_T

Okay Jom Dinner dengan Mar!

AKTIVITI DI LWOT
Kat sini juga ada macam macam aktiviti, Mar decide untuk cuba panjat ni sebab rindu gila
nak hiking taw T_T












Heyy! Nampak je lembut tapi kita tak lembik taw. heee
Bila naik sangat cuak jugak sebab ada tempat yang sangat sangat curam & susah nak pegang, tapi Mar berjaya naikk juga. haha paling susah part untuk naik sebenarnya.
Dan, finally. Mar berjaya untuk turun dengan jayanya hehe. Bestttt! Time nak turun ni mula mula rasa juga gayat, bila da rasa selesa best pulak nak turun lelaju hehe

HAUNTED CHAMBERS
Yuhuu! Rumah hantu paling takut hhu . Nak nangis T_T haha walaupun kecik tapi seramm. Siapa yang datang sini kena try masuk okay. Best. Lagi seram dari NOF Sunway Lagoon taw. Kalau nak tengok Mar kena prank bila dah keluar dari rumah ni tengok kat instagram LWOT taw. hahah jahat gila hantu tong sampah tu!
Tengah usap dada lagi Mar? haha T_T 

ZOMBIE ZONE





IT's ZOO?
Hehe best kan?! kat sini pun boleh berseronok dengan haiwan yang comel!. Berebut taw nak bagi makan untaaa tu dengan kawan kawan Mar haha, jadi sesiapa yang datang dengan famili & anak anak boleh lepak chill dengan haiwan yang sangat jinak kat sini taw.


Paling comellll & sangattt jinakkkk taw. Alahai rasa macam nak bawaa balikkkk jeee geram!

GARDEN OF LIGHT
Kat LWOT ada Garden Of light taw, korang boleh tengok taman ni berwarna warni dengan cahaya yang sangat cantik & ada juga muzikal!



Mar percaya sesiapa yang datang ke sini memang akan rasa nak datang lagi, tak puas nak main kat theme park ni! Hope dapat datang lagi nanti!


Untuk anda semua yang nak tahu harga & semua maklumat tentang
Lost World Of Tambun ni boleh layari ke :

WEBSITE :
https://sunwaylostworldoftambun.com 
INSTAGRAM:
 sunwaylostworldoftambun 
FACEBOOK:
 lostworldoftambun 

ALAMAT :


SUNWAY LOST WORLD WATER PARK

No 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 
31150 Ipoh, Negeri Perak.

Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899

Email
lostworldoftambun@sunway.com.my


1 comments:

beauty

Janna Nick Duta Produk Kecantikan NH Colla Plus 3

November 09, 2018,0 Comments

Era Kulit Baru Bermula Di Sini | Hi Semua! Minggu lepas Mar ke Sesi Meet & Greet bersama Janna Nick! Memang sangat excited dapat jumpa depan depan & dengan lebih dekat. Okay nak bagitahu Janna Nick cantik sangat sangattt. Kulit dia sangat flawless taw. Hey mestilah nak kulit cantik Macam dia juga kan? T_T



Sesi Meet & Greet tersebut juga untuk memperkenalkan Janna Nick sebagai Duta Produk kecantikan NH Colla Plus3 . Oh ya, patutlah dia sangat cantik memang Janna  mengamalkan NH Colla Plus3 ni rupanya. Janna juga berkongsi kehidupan beliau sebagai seorang pelakon sangat penat, 18jam satu hari adalah paling minima waktu bekerja. Jadi bila ada NH Colla Plus3 akan membantu mengelakkan muka dari tidak bermaya, penat & kusam!



NH COLLA PLUS3
Mar dah cuba minum setiap hari, rasa dia sangat best masam masam manis. Sedap! Lebih suka packaging siap terus macam ni, buka & terus minum tak perlu nak bancuh bancuh dah . Jimat masa & senang untuk consume kan?

Yis Seramida dan Ekstrak Zaitun merupakan ramuan semula jadi terkini yang membantu merangsangkan kecantikan kulit. Yis Seramida berfungsi untuk membaikpulih dan mengekalkan kelembapan kulit agar tetap anjal dan muda. Ekstrak Zaitun pula melindungi kulit daripada serangan radikal bebas seterusnya membantu mencerahkan kulit wajah. Kedua-dua ramuan unggul ini akan menggiatkan lagi proses pencerahan kulit yang mulus tampa cela apabila digandingkan bersama. Tambahan lagi, dengan sokongan ramuan kolagen Marin, formula kecantikan baru ini akan mendorong kepada perubahan kulit wajah yang menakjubkan dalam tempoh singkat!


Jangan risau taw, NH Colla Plus 3 hanya menggunakan ramuan semulajadi tanpa bahan pengawet, perisa ataupun pewarna sintetik mahupun bahan kimia tambahan lain. 
Ia sesuai untuk umur 18 tahun dan ke atas, lelaki & perempuan . Manakala ia juga sesuai untuk semua jenis kulit taw, sama ada bermasalah atau pun tidak.

KEAJAIBAN YIS SERAMIDA 
-Membantu mengganti semula seramida kulit yang hilang akibat faktor persekitaran yang tidak sihat dan penuaan.
-Meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit.
-Membaikpulih dan mengekalkan kelembapan kulit.
-Membantu mencegah pembentukan melanin dan mencerahkan tona kulit.
-Menyokong struktur kulit bagi mencegah kedutan.

APA ITU SERAMIDA KULIT?

Seramida merupakan molekul lipid yang terdapat pada lapisan kulit paling luar. Molekul lipid ini menyokong sruktur kulit dengan memegang ikatan sel kulit bersama. Ia juga mengekalkan kelembapan kulit bertindak sebagai halangan terhadap bakteria dan pencemaran alam sekitar.

KEAJAIBAN EKSTRAK ZAITUN ( 15% Hydoxytyrosol)
-Hydroxytyrosol adalah salah satu agen antioksida yang terkandung dalam buah zaitun. Ia mempunyai aktiviti antioksida sebanyak 15kali lebih tinggi daripada teh hijau dan 3kali lebih tinggi daripada ko-enzim Q10,CoQ10.

-Meningkatkan penghasilan glutathione dalam badan bagi membantu mengurangkan pigmentasi kulit dan mencerahkan kulit wajah.




CARA PENGAMBILAN YANG DISYORKAN

HARI PERTAMA HINGGA KE 6:
Minum sebotol setiap hari ketika perut kosong pada waktu pagi atau sebelum tidur.

HARI  KE 7 DAN SETERUSNYA :
Minum sebotol selang sehari

Jadi untuk korang semua yang nak try juga NH Colla Plus3 ni boleh buat pembelian segera taw, korang boleh buat pembelian dekat mana mana cawangan watson yang berhampiran :

WEBSITE:
Era Kulit Baru Bermula Di Sini! xoxo

0 comments: