Baju kurung ready made

Baju Raya Paling Hot & Trending Tahun Ini.

May 19, 2018,2 Comments

Dalam memilih baju raya ni semua pening kepala kan? konfius sebab semuanya cantik cantik tak tahu nak pilih yang mana. Mar pun sama! Hhu Sekarang pun masih konfius sebenarnya TAPI TAPI Mar ada berkenan koleksi baju raya ni. Nak tahu yang mana ? baca sampai habis. Tahun lepas Mar menggayakan kurung moden warna gold & black , agak agak tahun ni Mar nak pilih baju raya warna apa pula ya ? biasanya Mar Suka cari warna yang belum pernah beli. Okay before beli baju raya, ni TIPS Mar setiap tahun taw . 




TIPS BELI BAJU RAYA 
-Ikut trend semasa
-Ikut warna tema tahunan atau warna yang belum pernah beli lagi. 
-Material kain yang best,tak panas.
-Boleh dipakai untuk pelbagai majlis
-Sopan menutup aurat

Hhehe itu tips Mar, setiap tahun mesti Mar akan tengok tengok apa yang trendy dulu sebelum nak pilih baju raya. Aah memang suka ikut trend, orang kata selalu up to date, Eceh heheh. So bila cari Mar perasan ada satu butik ni koleksi dia sangat memikat hati Mar, memang sangat hot & trendy!

CIRGARO
Butik ini menampilkan baju raya yang ikut trend semasa, ringkas & nampak mewah. Antara baju raya  hot & trending CIRGARO tahun ini adalah : 

WOMEN'S LEBARAN COLLECTION :

-ADALIA LACEY KURUNG
-MINI KURUNG CAMELLIA LUXE
-QUEEN LUXE KURUNG
-ROSETTA LUXE PEPLUM
-BATIK CIRGARO KEBAYA

MEN'S LEBARAN COLLECTION :
-BAJU MELAYU
-KURTA TELUK BELANGA KLASIK
-KURTA KING LUXE
-KEMEJA BATIK

Okay kat bawah ni antara koleksi HOT & TRENDING dari CIRGARO & baju sedondon yang memikat hati Mar!

(1) BAJU KURUNG MODEN CAMELLIA LUXE PEPLUM & KURTA KING LUXE
Okay kurung ni Mar suka sebab design bajunya nampak mewah, kalau korang nak tahu ia daadaptasi pakaian tradisi masyarakat Melayu iaitu Baju Kurung taw, elemen moden dalam rekaan Mini Kurung Camellia Luxe mengekalkan konsep asas baju kurung iaitu sopan, selesa & 'effortless'.  Mar suka material yang digunakan iaitu dari material brocade bermotif floral keemasan yang timbul "embossed golden lame lurex woven" membuatkan ia nampak mewah dan bergaya kan?  
Mini Kurung Camellia Luxe
Untuk tengok warna lain boleh tengok SINI  
Bahagian mini kurung ni mempunyai potongan puteri(princess line) di bahagian hadapan & belakang memberikan ilusi kurus & ramping kepada si pemakai taw.  Terdapat pula lapisan (lining) kepada material utama untuk  memberi keselesaan kepada kita semua. Korang perasan tak, jahitan 'handmade' 3D flower decorative detailing membuatkan busana ini nampak lagi ekslusif. Dan Mar suka sebab zip lengan kurung ini memudahkan kita untuk ambil wudhu taw . Nak beliii! T_T  Dan ia sesuai dipadankan dengan Kurta King Luxe dari CIRGARO ni .


(2) BAJU KURUNG MODEN ALLYSA LUXE PEPLUM & BAJU MELAYU MODEN
Koleksi ni juga sangat letopss di CIRGARO, Mar percaya bila pakai kurung ni akan buatkan kita nampak berbeza dengan orang lain. Koleksi ni paling ideal untuk dinner ,wedding, atau mana mana event. Yes! Sangat exclusive look kan?. Peplum Alyssa Luxe adalah rekaan yang menampilkan gaya moden iaitu kain potongan duyung atau "mermaid" yang pasti tampak anggun dan lebih kurus taw. Bila lihat peplum ni ia ada satu lipatan "box pleat" di bahagian hadapan yang mana sesuai dan sangat comel dipakai bagi wanita hamil. Manakala jahitan 'handmade' 3D flower decorative detailing yang akan buatkan busana ni nampk lagi ekslusif dan nampak 'hidup' .
Allysa Luxe

Untuk lihat warna lain boleh tengok SINI


(3) BAJU KURUNG QUEEN LUXE & KURTA KING LUXE  
Bila lihat baju ni ia nampak simple je kan tapi materialnya Mar suka sangat. Jadi sesiapa yang menggayakan kurung ni mesti nampak lembut je. Kurung Queen Luxe ni sebenarnya mengetengahkan rekaan sofistikated dengan dekorasi jahitan 'handmade' 3D flower decorative dan chunky beads detailing di bahagian lengan. 

Queen Luxe
Potongan baju labuh hingga lutut menutupi pinggul dan ada potongan 'kembang payung' bagi skirt memberikan gaya yang sopan dan elegant kepada si pemakai taw. Walaupun rekaan klasik menjadi tema utama, sentuhan moden minimalis tetap diberi. Mar suka bila ianya tampak ringkas dan bergaya tanpa imej sarat. 

Untuk tengok warna lain boleh tengok SINI


(4) BATIK CIRGARO KEBAYA & KEMEJA BATIK CIRGARO
Okay yang ni  Mar paling suka dia punya corak batik klasik & tampak moden. Bila sedondon dengan kemeja batik lelaki tu semakin naik seri warna. Suka lahai. Try korang bayangkan bila pakai sedondon ke event, memang korang yang akan nampak paling menyerlah taw, sangat lawaaaa. Omg! Kebaya Batik Cirgaro ni adalah rekaan yang menampilkan gaya terkini iaitu kain batik bercorak ‘floral marble' potongan kipas di bahagian depan skirt yang pasti nampak lebih anggun, klasik dan bergaya!. Dan ianya  hadir dengan 3 warna sahaja iaitu ( Red, Brown, and blue black) . Mar nak yang blue black tu!
Batik Cirgaro Kebaya


Untuk tengok warna lain boleh tengok SINI
                                             


(5) KURUNG ADELIA  LACEY  &  KURTA MODEN UNO V3 
Baju kurung ni Mar suka sebab ia akan membuatkan si pemakai tampil langsing. Dengan design yang beralun dan corak bunga yang memikat hati pemakai untuk tampil anggun. Corak lace yang lembut seakan 3D dan lebih flowy kan?.Ia juga mempunyai bahan pelapis (lining) kepada material utama supaya dapat memberi lebih keselesaan kepada pemakai. Manakala, ia dihiasi pula dengan batu Kristal Swarovski yang dipilih khas  yang mempunyai ciri-ciri warna sama dengan motif lace bagi menaikkan kemewahan busana ini. Baju ni sesuai juga untuk majlis bertunang kan? hehe Boleh beli kat CIRGARO je lah nanti hehe.

Adelia Lacey


Untuk tengok warna lain boleh tengok SINI
                                                

(6) KURUNG MODEN PEPLUM ROSETTA  & KURTA KING LUXE
Bila tengok skirt Peplum Rosseta ni seakan-akan bulu merak yang berbentuk 3D kan? Sangat Unik! . Dan bila ada lapisan (lining) kepada material utama ia dapat buatkan kita selesa.  Suka kurung ni sebab ia nampak kontemporari & ada signature klasik, ringkas, & mampu milik. Kalau korang perasan peplum ni mmepunyai lipatan yang membentuk 'curved' di bahagian hadapan baju jadi dah tak risau penampakkan perut dah lepas ni hhe
Peplum Rosetta

Untuk tengok warna lain boleh tengok SINI


BAJU SEDONDON / COUPLE SET
Hurm, agak agak awak nak tak sedondon dengan saya tahun ni? Hehe. Mar suka sangat tengok baju couple atau baju sedondon ni, memang teringin nak pakai sedondon Haha, so maknanya kena cepat cepat cari pasangan hidup la ni kan? Hehe. Semua koleksi kat CIRGARO ni boleh di dipadankan antara satu sama lain taw. Tengok koleksi kat atas tu semuanya menarik kan bila pakai sedondon !

SESUAI UNTUK SEMUA MAJLIS 
Bila Mar tengok semua koleksi CIRGARO ni sebenarnya ia sesuai untuk semua majlis bukan setakat untuk hari raya je. Betul tak ? Mar tertarik tengok koleksi lelaki tu jika dipakai sedondon ramai ramai untuk dulang boy, cantikk kan? Yes segak sangat! So boleh dipadankan terus sedondon dengan dulang girl juga. Mar akan pilih baju raya bila ianya sesuai untuk semua majlis taw. Senang lah lepas ni, dah habis raya pun masih semangat lagi nak gayakan! 

Oh yauntuk awak yang masih pening lagi nak pilih baju raya boleh juga baca BLOG AFZALSUKASUKI taw sebab dia pun ada share baju apa yang nak dipakai raya nanti! :)

Untuk Maklumat Lanjut tentang CIRGARO:

CONTACT : +60176055338

ALAMAT :
-Butik Cirgaro Apparel , Lot F4A, First Floor Plaza Shah Alam , No. 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
-Booth Raya di Ground Floor Plaza Shah Alam ( berhadapan Giordano) & Booth Raya di Ground Floor Aeon Shah Alam ( berhadapan Padini) 


WAKTU 10 pagi - 10 malam 

Happy Ramadhan & Happy EidFitri!

2018 xoxo.


You Might Also Like

2 comments:

  1. cantik2 semuanya.. tunggu kurusla nanti bleh pakai fasyen mcam ni..

    ReplyDelete