the influenzas

Jom Travel di Kuala Lumpur Like a Tourist!

March 03, 2018,2 Comments

Hi guys! Siapa kaki jalan kat sini mesti nak tahu tempat tempat yang best untuk korang explore ! Minggu lepas Mar & kawan Influenzas explore Kuala Lumpur taw! Dekat atau jauh semua Mar nak explore hee. Yang penting dapat luangkan masa dengan kawan kawan, release stress kerja. Walaupun Mar stay kat KL dekat 3 tahun dah tapi tak semua tempat Mar jejakk taw hhu T_T .



KL BIRD PARK
First sekali Mar ke KL Bird Park, ianya terletak di tengah tengah kuala lumpur beredekatan dengan Masjid Negara. Hey, first time taw Mar ke KL Bird Park ni, tahu tak excited dia macam kanak kanak yang teringin sangat tengok bird hhu. Bila dengan kawan kawan ni rasa seronok dapat snap gambar sama sama dengan burung . Burung kat sana sangat lawa macam macam corak & saiz, rasa macam teringin nak bawa balik sekor .

Lawa kan?








Kat sana juga Mar dapat merasai sendiri pengalaman bagi makan & minum kat burung, ingatkan berani rupanya takut jugak si Mar ni hahha. Tapi memang best ada juga burung yang Mar tak pernah tengok taw . KL Bird Park  ni sangatlah besar & luas sampai penat kami jalan. Fuh. 

KL BIRD PARK INFO:  
-Waktu operasi : 9.00pagi hingga 8.00 malam   
-Harga Dewasa : RM27
-Harga Kanak-Kanak : RM13  
-Facebook :KLBirdPark -
Instagram: klbirdparkmalaysia
-Website: www.klbirdpark.com
Penat jalan tak pe, sebab kat sana ada HORNBILL RESTAURANT taw, So dapatlah rehat & makan tengahari. Bila penat penat dihidangkan pula dengan hidangan yang cukup sedap, Omg! Rasa macam heavennya lahai datang KL BIRD PARK ni. 

HORNBILL RESTAURANT.

Hornbill Restaurant menyajikan menu yang pelbagai, ada masakan melayu & juga western. Mar dah try 6 jenis menu dekat sana, rasa rasanya next time sanggup datang KLBIRD PARK semata mata nak makan kat sini je hee.









KL HOP-ON HOP-OFF
Lepas dah habis makan, kami decide untuk naik bas KL HOP ON HOP OFF untuk round KL, Hoyeyyy! Tak sabar nak tengok permandangan Kuala Lumpur. Ramai sangat pelancong dari luar negara naik bas ni taw, kami semua apa lagi merasai sendiri travel like a tourist di KL la hhe. Best korang naik KL HOP ON HOP OFF ni, korang patut naik dengan kawan kawan taw, rasai sendiri pengalaman memang seronok! nak snap gambar pun lawa dengan permandangan bangunan bangunan yang cantik kat ibu kota ni. 




Amboi, kemain hirup udara ke Mar? hhe

KLHOP-ON HOP OFF INFO :
-Beroperasi : 9.00pagi sehingga 8.00malam.
-Bas berhenti di : 20 perhentian .
Dan 70 tempat tarikan yg menarik korang boleh lawati!
-Harga Dewasa : RM55
-Harga Kanak-Kanak: RM30
-Tel : +6 03-9282 2713
-Instagram: klhoponhopoff
-Facebook: klhoponhopoff 
-Untuk maklumat lanjut di : www.myhoponhopoff.com

AQUARIA KLCC

Okay sekarang kami menuju ke KLCC untuk masuk AQUARIA pula, KLCC ni paling dekat dengan rumah Mar taw, tapi Mar tak pernah ada pengalaman masuk Aquaria ni, T_T Sedih kan?. So sekarang jom tengok ikan ikan kat dalam sana! Mak aih, bermacam jenis ikan ada. Patutlah ramai sangat pengunjung. Ada banyak juga aktiviti yang menarik disediakan taw. 










AQUARIA KLCC INFO :
-Harga Dewasa: Rm49  
-Harga Kanak-Kanak 3-13 : RM39  
-Harga Warga emas 60 tahun ke atas : RM39
Dibuka dari 10.00pagi – 8.00malam  
(Including Weekends and Public Holidays)  
-Tel : +603 2333 1888  
-Instagram: Aquariaklcc  
-Website : http://aquariaklcc.com/ 


MENARA KUALA LUMPUR (SKY DECK).

Okay hari berikutnya, kami ke MENARA KUALA LUMPUR pula, disebabkan hujan tempoh hari so kami terpaksa cancel(Skydeck ditutup jika hujan), so alhamdulillah akhirnya kali kedua Mar sampai ke SKY DECK ni. Korang boleh baca pengalaman pertama Mar naik skydeck kat SINI. Kali kedua Mar pergi ada perubahan, kat sana dah ada café tepi SKYBOX tu, so bolehlaah lepak & snap pic cantik kat Café tu taw. 









Hhehe, mula mula rasa gayat, lepas dah masuk skybox ni korang pasti teruja nak snap gambar banyak banyak! :) Seronokkkkk. hehe



MENARA KL INFO:  
Harga Dewasa : RM75 Harga 
Kanak-Kanak : RM39  
Facebook: menarakl  
Instagram: menarakl


Pengalaman explore Kuala Lumpur dengan kawan kawan memang sangat menyeronokkan,best sangat! So lepas ni agak agak Mar nak travel ke mana pulak? Impian Mar bukan hanya nak travel ke luar negara je, tapi Mar juga nak fokus travel seluruh Malaysia. Banyak lagi tempat kat Malaysia tak jejak taw T_T So sad. Okay lepas ni nak tahu kat mana kena stay tune dekat blog Mar as your favourite Traveller okay!
 
Bye!
Much love
xoxo

You Might Also Like

2 comments:

  1. nampak menarik pula Hornbill Restaurant tu

    ReplyDelete
  2. wahh menarik la post kat blog ni..i love it!!

    ReplyDelete