Dessert

Resepi: Sira Labu Kelantan

January 26, 2018,0 Comments



Salam Alaik Awak. Sira labu ni sebenarnya bukanlah favourite pun dulu, tapi bila pandai buat sendiri, Memang favourite gila! hhe sedappp rupanya! Dulu bukan main makan pun acah acah makan je. hhe 
Bahan Bahannya adalah :
Labu ( 1biji -Potong panjang)
Daun Pandan (1 atau 2helai-ikat)
Gula Melaka (1//2 -potong biar hancur)
Kapur Makan ( ikut sukatan labu yang diguna)
1)Potong kulit, potong panjang macam ni,dan bersihkan labu, rerambut labu buang juga, kalau takbuang pun boleh, ikut selera awak semua, nak cantik buanglah. hhe
2) Rendamkan dalam air kapur selama 1-2jam. Boleh guna kapur serbuk atau kapur yang dah siap bancuh(cair) . Kenapa rendam dengan air kapur? Sebab untuk biarkan isi labu pejal. So takde lah lembik sangat bila masak. 
3)Dah siap bersihkan, boleh masukkan labu dalam periuk tanpa air ya. Masukkan daun pandan 1 atau 2helai. 
4)Masukkan gula melaka tabur biar rata atas labu dalam periuk ni.
Gula melaka akan cair dengan sendiri. Walaupun anda semua tak letak air jangan risau ia akan masak ya. Kalau nak letak air boleh pastikan sedikiiiit saja k. 
5) Jangan lupa tutup periuk, biarkan dengan api perlahan je taw selama beberapa minit. Jangan lama sangat nanti terlebih masak labu tu ya.
Siap! Fuh nasib baik tak lembik sangat. 
TIPS : Kalau nak sedap bila makan, letakkan sira labu ni dalam peti ais. Buat makan time petang, pergh masuk dalam mulut manis manis sejukkkkk gittew sedapnyaaaa! hhhee  Dahla saya suka gila manis ni awak!

Bye
Follow :
xoxo

You Might Also Like

0 comments: