Cuti cuti malaysia

CARI RESORT DI JOHOR BAHRU TAPI PILIH PULAU TIOMAN

January 30, 2018,2 Comments

Mar suka sangat nak teroka 1 Malaysia taw. Okay last Mar travel hari tu adalah kat Johor.  Itu adalah second time la, pertama kali Mar ke Johor Mar pergi Legoland & baru baru ni Mar ke Pulau Tioman. Best lah Johor ni taw! Banyak lagi yang Mar nak terokai .

So guys, korang semua tahu tak disebalik nama Johor adalah daripada perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Cantik sangat maksudnya, patutlah tempat kat Johor ni cantik cantik hehe


Okay hari tu Mar buat keputusan nak shortvacay sekejap , Mar pilih Johor sebagai destinasi. Hehe so sebelum travel, mar akan search semua resort di Johor Bahru. Cari punya cari, last-last Mar pilih Pulau Tioman. Mar nasihatkan korang sebelum travel banyakkan baca blog travel & juga tanya kawan kawan yang berpengalaman  apa yang best dekat Johor  taw.


Bila tiba kat kat sana dah excited taw, hhe sebab pertama kali juga jejak ke Mersing,Johor ni. Untuk ke jeti  Mar kena berjalan dari hentian bas Mersing , macam syok pulak tengok bandar Mersing!So bila sampai kat Mersing Harbour Centre ni Mar kena tunggu pukul 8pagi untuk beli tiket feri ke Pulau Tioman.

PULAU TIOMAN
Guys, ini pertama kali Mar ke Pulau Tioman taw. Kalau korang nak tahu kat Pulau Tioman banyak kampung. So korang kena decide untuk holiday kat kampung mana sebelum naik feri.

Bila da research tentang Pulau ni, Mar buat keputusan untuk holiday kat Kampung Tekek . sebab Kampung Tekek seakan pekan, ada kedai kedai untuk beli something & offcourse sebab ada ATM hhe.  Kalau dah tiba kat Mersing , beli tiket feri korang boleh juga tanya orang orang kat sana tentang Pulau Tioman dan apa yang best kat pulau tu. Mar bila tiba je kat Mersing jumpa orang je Mar banyak bertanya. Hhehe. Mereka pun banyak kongsi cara nak ke sana .

Kalau korang tengok peta ni ia adalah peta perjalanan feri Bluewater Express ke kampung kampung di Pulau Tioman ni. Ada Kampung Genting, Kampung Paya, Kampung Tekek, Kampung Ayer Batang, Kampung Panuba, Kampung Salang, Kampung Juara, Kampung Mukut, dan Kampung Nipah. Korang boleh nak berhenti kat mana mana kampung dengan tiket yang sama tapi sebelum pergi, ingat korang kena buat research tentang resort kat Pulau Tioman dulu taw. Baru lah tak kelam kabut nak cari tempat penginapan nanti hehe. Tapi kalau korang nak walk in pun boleh, tapi kalau nak jimat masa lebih baik buat persedian awal cari resort pilihan korang dulu taw. So bila sampai sana boleh terus buat aktiviti kegemaran korang!


BARBURA SEAVIEW RESORT
Bilik untuk 3orang, 1bilik air : Hanya RM100/day . Mar bagi 4/5bintang!

Kat Pulau Tioman Mar stay dekat BARBURA SEAVIEW RESORT di Kampung Tekek. Why Mar pilih resort ni adalah sebab resort ni betul betul depan pantai.  Hehe  Memang Mar target nak resort yang boleh view pantai. Yela, mestilah nak bercuti sambil rehatkan diri tengok keindahan pulau kan. 

Resort ni sangat cantik. Bilik yang agak luas, selesa ada aircond  & freezer.  Kadang, ada juga rasa tak nak keluar sebab best sangat tidur kat bilik tu . Huu . Memang keputusan yang terbaik sangat stay kat resort ni . Jom tengok gambar gambar Mar kat Barbura Seaview Resort ni.
Cantik sangat ! Ini adalah permandangan Barbura Seaview Resort dari depan pantai . Bila keluar je bilik tengok pantai, terus berlari lari sakan! Heheh Sumpah best korang! Kat sana ramai juga pelancong asing datang holiday taw. Dan resort ni juga berdekatan dengan resort lain.  Kalau korang tengok kat sebelah kanan tu adalah tempat untuk lepak makan dan ber BBQ taw.  Memang syok sangatlah kalau datang dengan family atau dengan kawan ber picnic sesama .hhe 

Wahhhhh tengok permandangan pantai tu guys! Tak tahu nak gambarkan macam mana cantiknya lahaiiiii ! Bila kat sini rasa tenang sangat, memang rasa tak nak balik hhe. Mar boleh habiskan masa 5 jam duduk kat pantai je taw. Kat pantai ni tak ramai sangat, so korang boleh fefeeling stay kat pulau ni sorang sorang! Hhiks

 Kalau korang datang holiday kat sini jangan risau kat mana mana tempat pun cantik nak bergambar. Memang full memory Mar! yelah sebab semua tempat cantik kan, dahlaa kaki bergambar sangat . hhhiks 
Oh ya, kalau korang nak tahu pasir kat pantai sini lawa gila! Tengok tu, seakan lukisan . Sebab tu la berjam jam Mar habiskan kat pantai je. Hehe . Bila korang ke Pulau Tioman ni bolehla buat aktiviti snorkeling,memancing dan banyak lagi taw. Masa Mar jenjalan kat pantai ni ada budak budak yang tengah tangkap ikan taw. Hhe so apa lagi join lah sekali. Hhe 

 Mar harap sangat lepas ni boleh datang lagi & nak pergi resort cantik lain juga.  
"More you explore, more you learn, Yey!"

Bila pergi pulau rasa release stress sangat, so mesti lah balik dengan hati yang senang. Hehe Mar syorkan kat korang semua yang nak shortvacay & nak rehatkan diri pergi lah holiday kat pulau taw.

 Hari nak balik Mar singgah satu kedai tepi jeti kampung Tekek ni. Memang sedap sangat. Mar try nasi goreng & roti canai, pergh sedap! Masa ni tengah breakfast sambil tunggu feri untuk balik dah . Permandangan kat kedai ni cantik sangat awak! Rasa macam nak duduk lama jeee. Hhe Breakfast di tepi pulau gitteww . hhiks .
Makcik kedai makan ni sempat tegur tanya menginap kat resort mana, dia banyak kongsi tentang Pulau Tioman ni, baik betul. Orang orang kat pulau ni peramah sangat! Memang rasa nak pergi lagi hhe
Bye Mersing JOHOR! Bye Pulau Tioman.  Johor ni best! So lepas balik dari pulau Mar sempat jenjalan kat Bandar Mersing taw. Memang cantik sangat. Next time kena datang lama sikit baru boleh teroka banyak tempat kat negeri Johor. Nak tau mana lagi tempat-tempat best yang boleh di explore di Johor ni, boleh check senarai unseen malaysia dan pilih negeri johor.


Sempat tangkap gambar kat artwork bangunan kat bandar Mersing! Hehe Jangan lupa taw awak semua, sebelum travel mar nasihatkan korang kena search dulu tempat yang korang nak travel, usha resort  atau hotel  yang best, berdekatan,bandingkan harga & sebagainya taw. Nak senang korang download je apps Traveloka untuk usha penginapan lagi senang kan. 
Thanks singgah baca .
Bye !



You Might Also Like

2 comments:

  1. If you love a solid selection of quality craft beers then this Chicago event space is a terrific choice to start off your night. They have happy hours Saturday night so you can’t go wrong. Definitely the kind of place to start off your night.

    ReplyDelete
  2. Suami oun cadanmgnya nak ke Pulau Tioman juga

    ReplyDelete