Astro .

Cara Nak Add Channel Astro Untuk Pengguna NJOI

November 29, 2017,0 Comments

Sesiapa yang nak masukkan NJOI kat rumah akan dikenakan harga sebanyak RM350 macam tu. Mar tak sure details harga yang tepat, Tapi dekat dekat harga tu la. Guna secara free je lepas tu . Yang tak best dia takbanyak sangat channel ahha .


NAK TAMBAH CHANNEL .

Nak tambah channel korang kena beli  kad tambah nilai 7 Eleven atau beli secara online .

Masalah :
Okay permasalan Mar , Mar xboleh keluar pergi cari kad topup tu . Then Mar nak buat secara online banking je. huhu Then ada pulak masalah . Okay baca . Mar kongsi .

CARA BELI Secara Online:

Mula mula Mar beli dekat Maybank2u , Kat dalam maybank2u ada untuk beli godek godek la sikit guys, then pilih Njoi. Lepas dah payment akhirnya  berjaya  dapat kod. Dia hantar kod melalui no hp yang kita letak masa pembelian tadi.

Then kena bukak Channel 200 untuk pilih siaran yang kita nak .

So . Mar nak add channel 104 Ria sahaja .

So kat situ ada dia tunjuk Step SMS dgn kod dia bagi . (Yes kena SMS lagi,kemahen njoi ni makan duit orang )

Lepas dah sms. tetiba PROBLEM!

Tetiba sampai sms reply macam ni

-

berulang benda yang sama. Hm

So SOLUTION nya.
mar kena tukar no lain, guna no orang lain .

So guna no lain . Alhamdulillah dah dapat!
YEY! So easy sebenarnyaaa .
Cuma masa tak dapat tu Mar call customer services Njoi ( kena duit lagi nak call pun T_T hhu ) dia ajar cara macam tu & berjaya . So kalau korang ada problem macam Mar try tukar SMS guna no lain taw .

Bye Guys!

0 comments:

Food

Pak Chu Tomyam Keramat Kedai Makan Wajib Pergi!

November 29, 2017,0 Comments

Assalamualaikum korang!
Setiap orang mesti ada satu kedai best yang dekat dengan rumah kan. Okay Mar nak share satu kedai best dekat area rumah Mar kat keramat . Kalau korang yang stay keramat KL ni mesti familiar dengan kedai ni .

Kat sini Mar paling suka  MEE CELUP . setiap kali datang kedai ni WAJIB Order hhe .

Sedap, kuah dia best, lauk pun banyak dia taruk ayam,daging, limpa macam macam lagi la , always Panas! hhe Then taruk pulak lada jeruk & cili serbuk tu . Perghh lengkap! Sedapnyaaaaa Sekarang ni pun rasa nak pergi kedai tu. Diri sendiri cerita pun tertelan air liur huh! . hahaha

Okay ada satu hari tu Mar try Nasi Kerabu. Sedapnyaaaaaaa pandai akak tu buat dia punya bahan bahan dalam kerabu tu , dari isi kelapa yang digaul bersama ikan tu, dari budu dia, tambah sambal dia pulak. Fulamak . Minta pulak ayam bahagian paha . Mar nak habaq kat korang nak best makan nasi kerabu amikla paha ayam hhi . Mesti termimpi mimpi punya . Sedap & Sedap . Then nasi kerabu nak makan kena gaul kesemua bahan bahan tu baru sedap , then kalau Mar , Mar tambah satu lagi cara iaitu Mar akan perahkan asam limau dan gaul semua . Cuba korang buat , memang menyengatlah semua rasa ada . Hurm , dapnyaaaaaaaaaaa T_T .

Haish kaki foodies betul budak ni!


Bab Makanan Mar bagi 100% sedaplah . Kalau tak, xde Mar nak datang selalu kat sini . Hehe. Pekena pulak air bandung cincau ni . Hmm . Dahla nak p makan sat! hhe  Oh ya, Mar tak try lagi tomyam dia, kawan cakap sedap jugak. So korang pergi la cuba okay . 
credit pic : zomato.com
LOKASI :
Near, Masjid, Al Akram, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur (Near LRT Damai)

Bye awak semua .
Love,
Mar



0 comments:

exercise

Best Sangat Join Larian Warrior Challenge 2017 !

November 28, 2017,1 Comments

Assalamualaikum . Hai awak semua!  :)
Perasan tak kita dah nak habis 2017? huhu cepatnya masa berlalu T_T

Okay guys, 11hb Nov hari tu Mar sempat join larian Warrior Challenge dekat UPNM. Maigad lama sangat Mar tinggal marraton ni then join larian dengan cabaran yang best pulak. hehe Serius best rugi sangat sape yang tak join . Sebelum join Mar sempat lah ajak beberapa orang kawan Mar then ada yang tak sanggup dengan 10km . Bagi Mar 10km tu tak jauh lah. Sebab kalau nak ikutkan larian yang lain lagi jauh. Tapi Mar tetap semangat nak join kalau sorang sorang pun tak kisah! hehe

Tapi Mar dah contact kawan blogger Mar iaitu Mira untuk jumpa dia & kawan kawan kat sana. So its okay je. Mar bertolak dari rumah pukul 06.30am sebab event akan bermula dari jam 7 lagi untuk senamrobik . 
Okay im ready!! hhe hensem tak ?


Sampai sana jumpa dengan Mira . Then yang paling syok pasal larian Warrior Challenge ni iatu mereka sediakan breakfast yang best! Memang bagus sangat penganjur larian ni . Biasa kalau larian lain just bagi air & roti biasa je. Ni siap sediakan roti sandwich dengan inti sardin & telur . Ada pulak pisang sebijik dah la besar gila hhe (Yes sure Mar kongsi dengan Mira untuk habiskan) hhe. Then ada pulak snek Cranberry Mangga yogurt bars dan air mineral . Memang sihat & bertenaga lah semua runner hhe 

Setiap peserta dah dibahagikan wave masing masing. 1-7 . So Mar dapat wave 7 . Iaitu kumpulan larian yang paling last akan dilepaskan. Syoklaa sape dapat wave 1 hhuk . Memang nampak sama je sebab ikut masa sape paling laju & cepat habiskan. Tapi bagi Mar sape yang lari awal best sebab akan semangat untuk lari . Kalau last Mar akan berada dalam kumpulan yang dah ditinggalkan so semangat akan hilang bila tengok orang orang yang penat . Heeeeeeeeeeeeee takdelah tu pandangan Mar je. Sebab Mar rasa macam tu hari tu . ahhaha 



Bila kitorang dah dilepaskan syok lah awal awal lari pada mulanya . hhu Rasa nak pancit jugak, mungkin sebab xwarm up lama . kitorang kena lari 3km dahulu sebelum tempuh 16 obstacle challenge. Paling frust bila tergendala dekat larian di tepi tasik . Semua macam kanak kanak beratur masuk hutan . Alahai . habis masa kat situ je sebab tunggu turn tak gerak gerak . Atleast laju laju jugak sebab ni competion hhuu ingat lawatan sambil belajar ke . hhu 

Lepas dah melepasi semua tu, kena masuk paya yang membasahkan hampir keseluruhan kasut seluar Mar hhu . Siyes berat awak! . Okay cooldown buang air sat . Tak maksud Mar buang air dari kasut tu laaa hahahah.  Then terus larii naik anak tangga. Fuh kat situ memang pancit . Then takpe lah berjalan laju laju je naik tangga. Perempuan bahaya sikit kalau lari naik anak tangga. So behave je. 






Then lepas dah lari jumpa obstacle race . Time tu dah start hujan . Then bayangkanlah kalau licin licin ni susah jugak nak buat terutamanya Monkey Bar tu . Then paling best bila Mar dapat panjat tembok yang paling tinggi dekat obstacle race tu . Time Mar sampai kat tembok tu tengok semua ladies tak dapat panjat . Huihh macam mana ni . kalau tak dapat lepas, kira out dari win Top 3 taw. Haaa tengok Mar join bermatlamat jugak hhe. Mar try buat 2x taklepas . Aik asal taklepas . Tetiba takpuaih hati . ahha . So Mar baru tahu silap, kalau nak panjat tembok tinggi tak boleh ambil jarak jauh. Kena lompat dari bawah je then lengan kena kuat untuk cengkam tembokk tu , then gagahkan lengan untuk bawa naik badan & kaki.Fuh! akhirnyaaaa . Im proud to my self . heeee .

Then bila dah lepas semua, kena lari menuju bukit besi kot tak silap Mar . Kena hiking & rock climbing . Memang mencabar jugak kat situ sebab hujan licin & terlalu meninggi. Nak turun pulak curam. Kat situ Mar sorang je gigirl lari sorang sorang . Takpelah tak kisah pun walaupun ramai pulak lelaki yang suka mengacau . Lari diam diam la awak. 

Then Mar lari tinggalkan orang orang. Mar tak boleh jumpa orang lain ni,  nak lari jauh jauh sorang sorang hahahha . Sebab nanti emosi tak stabil haha . Maksudnya emosi terganggu tengok orang penat berjalan. Heeee .

Then . lepas dah 2.4 km pulak lari balik ke stadium . Ada cabaran angkat log kayu pulak . okay lupa Mar nak cakap kasut Mar saat tu dah parah dah. Hahah . dua dua tapak dah terbukak . Tapi Mar ikat dengan tali kasut . Tali kasut , getah mar dah siap siap bawak dari rumah sebab Mar tahu kasut tu tak tahan. Yela pakai kasut yang paling buruk Mar ada. hahah . Takla buruk tapi macam tahu nak arwah dah . hhiks . So nasib baik dia behave sampai ke garisan penamat . 

So welldone Mar! 
Best gilaaa . Sumpah nak join lagi next year or any marraton yang ada challenge macam tu . Best okay . Siap Mar hadiahkan kasut kat tong sampah UPNM lagi hahahhah .

Event Warrior Challenge ni best sebab ada cabutan bertuah lepas larian tu . So Tahniah sape yang menang dan bertuah ! Hope nextyear Mar bertuah pulak hehhe. 



Aha,
ada kisah lucu jugak disebalik event ni.
Masa Mar berkaki ayam nak naik kat tangga stadium tu . Pergh tetiba terjatuh dalam longkang . Kaki sebelah je la. Sebab pijak penutup longkang yang tak rapat, masa tu dahla tak berkasut . Agak la sakit, Adeh tapi Mar usaha la bangun wlpn takde orang tolong time tu . Makasih kat orang yang depan longkang sebab kau semua pandai tgk je . hhu .Then bila Mar cuba bangun tu  adehhhhh jatuh kali kedua pulak , Mar terduduk takboleh nak bangun dek besi penutup longkang tu mencengkam kaki . Fuh. sabar je. Hurm lepas tu baru sorang brother ni datang tolong pegang besi tu . Baru nak tolong eh awak? btw Thanks . Mar tak tengok pun sape tolong hari tu . hhe

Lepas dah balik ada la beberapa orang yg join larian pm kat fb & ig Mar . Dan ada satu mamat ni pulak  pm facebook mintak maaf . Nak tahu tak nape? sebab dia cakap dia gelak kat Mar masa jatuh tu . Fine! Pape la awak oi . Saya okay je . lagipun Mar tak tahu pulak ada orang gelak . Ape la orang jatuh gelak, bukan nk tolong . 

Dekat seminggu jugak kaki ni lebam lebam dek larian tu . Tapi tak kisah pun sebab puas hati join hhe Then ada pulak luka kat lengan sebab panjat tembok tu . Now dah sembuh dah . hhe 

Oh ya Mar ada pergi urut badan lepas marraton tu . Mar urut dekat RIESSA ROSE . ( korang klik untuk baca okay) Memang puas hati hilang habis lenguh lenguh badan hhe .


So, hobi lama kembali lagi ! hehe Thanks penganjur Warrior Challenge
Goodjob for your best event!
Follow :
INSTAGRAMWarrior Challenge
FACEBOOK : Warrior Challenge

Bye guys,
Love,
Mar

Thanks sudi baca story Mar! 

1 comments:

Food

Eat & Repeat Seksyen 7 Shah Alam perlu perbaiki lagi .

November 27, 2017,0 Comments

Hey korang, korang tahu kan Mar ni penggemar gila Boatnoodle Restaurant . 
Tetiba baru baru ni Mar jumpa satu kedai yang seakan boatnoodle dari segi harga & saiz mangkukknya . Huhu So rasa nak lah try ! Biasa lah kalau kaki foodies ni .

Bila pergi , nasib baik ada satu meja kosong untuk Mar & kawan kawan. So kitorang masuklah . Biasalah mesti ramai orang nak makan kat kedai yang murah macam ni kan. So bila dah full seat. Ada la cust yang beratur . Tapi hari tu mungkin dia tak sanggup terus blah . hhe
Mar ni kalau boleh nak try semua menu kalau boleh . Sebab murah kan . So hari tu Mar order la Mee celup, bihun sup, laksa , pulut mangga . Rasanya Mar yang order banyak . hahah kawan order dua dua macam tu . So air macam biasala order air anggur je tak silap.

Suasana kat kedai okaylah full. Then setiap meja dekat dekat so kadang macam tak selesa siket orang nak lalu tak muat sebab masa tu Mar duduk meja dekat dengan pintu masuk . Okay makanan kami sampai akhirnya . Kat situ ada la problem siket sampai makanan tak sama yg diorder . Tapi takpela macam sama je .Try je la. Tasabar nak rasa weyh! hehe kemain .


TAPI
Taktahu la kenapa rasa macam semua tak best . hhu sorrylah takkan nak cerita sedap pulak kalau tak sedap hey :( . Mee celup rasa tawar, mee pulak keras siket mungkin sbb terdedah so dia kering then kuah tak berapa panas, So that why la tak lembut . Bihun sup pun sama rasa tawar. Okay makan je la sebab feberet . Adehhh .  Then rasa pulak laksa okayla nice wlpn biasa biasa je. Try pulak Pulut mangga , kecewa la pulak sebab santannya cair lahaiii . Ini jimat bajet ke hape . Tahu la murah . tapi janganla sampai cair camtuu seakan letak air . So tetiba kawan pulak cakap sama macam Mar bihun sup tawar la apa la. Dia order nasi pun macam kureng jugak . Okay dah badmood . Wlpn semua tak sedap . k fine, Mar habiskan je semua. Yelaaa bayar kot . Hurm . Maybe brownies aiskrim je kot yang okay hahah
Lepas ni, Hope EAT & REPEAT dapat improve lagi menu mereka . 
Mar tak kutuk pun . Mar just bagi review betul . Mar tak buat review yang fake . Adehh . Makan dengan senyum aje . hhu

K la bye awak . 
Next kedai makan nak terjah? 


0 comments:

Giveaway

Give Away Hadiah Misteri dari ASTraveler

November 27, 2017,4 Comments

http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html


Hey awak! Thanks invite Putery Memory untuk join give away ni. Dah lama sangat tak join . Hari ni rasa macam teringinlah nak join . Mana tahu boleh juga rapatkan ukhwah gitteww hehe. Hadiah Misteri apa tu? Tak sabarnya nak tahu! Hope ada rezeki untuk Putery Memory hehe . 
------------
Untuk pembaca blog Putery Memory ni jomlah korang join giveaway dari blog ASTraveler ni .
Korang klik je link ni :

 Next time i'll make give away also to you guys! Lets support each other okay!


Thanks singgah .
Much Love,
Putery Memory




4 comments:

beauty

5 Sebab Kenapa Mar Sayang Nak Potong Rambut

November 26, 2017,1 Comments

Hey girls, 
sesiapa yang rapat dengan Mar mesti tahu rambut Mar panjang mana. hehe Okay kenapa Mar sayang sangat nak potong rambut tuuuu T_T :


1)    USAHA GIGIH KAU SELAMA NI
      Serius Mar cakap memang takboleh terima kalau tetiba nak potong taw. Sebab nak simpan rambut sampai panjang ni bukan senang . Huhu Mar dah simpan dari form5 SPM taw. Masa tu potong rambut pendek ala ala Janna Nick tu. Lepas tu sampai sekarang tak potong hehe. 8 tahun Mar simpan maunya tak menangis Wuwuwuw T_T . 


 2) CANTIK
Ofkos cantik . Kalau tak takkanlah sayang sangat sangat macam ni hehe. Then, semua orang cakap cantik pulak . Hoho Mar behave Mar! Huhu Sorry sorry . tapi rambut Mar lurus, panjang, ikal mayang. Hhehe sayangla nak potong . Saloon nak potong bawah siket pun takasikkT_T hhu adalah potong siket hujung rambut untuk elakkan rambut tu rosak . Tips bagi orang yg rambut panjang hehe.

 3) UNTUK BAKAL SUAMI
(haha please orang lelaki takleh baca hhe)
Rambut ni kan asset that why setiap wanita sayang sangat sangat kan. Mestilah nak simpan . Then nak bagi cantik bagi hadiah kat suami hhe . Tapi Tapi nanti jumpa jodoh Mar akan potong sampai pinggang je. So nice je kan . Hi bakal suami surprise untuk awak . Wait for it  hhe 




4)       LAIN DARI YANG LAIN
       Kalau kat rumah jadi perhatian siket org rambut pjg ngat ni . Yang pastinya bukan Mar  sorang . Hahah . Mar & anak buah form6 . Memang kitorang geng la boleh save rambut  sampai pjg2 ni .Kalau kami berdua lepaskan rambut tu mesti yang lain . Wow wow tgk tuuu rambut dua anak dara tu . ahhahahah . * tapi bersiap bersedialah bila kami lepaskan rambut ada la adengan kejar mengejar jadi hantu kak limah jap hahhahaha usik anak buah yg kecik kecik hheheh . Sama juga kalau p memana surau /rumah sesapa then nk ambil wudhu org tgk rambut pjg tu diorg excited gila . Tetibaa hati rasa terujaa . MasyaAllah jauhilah sifat riak dari Nabila YaAuloh . hhu . * Nauzubillah* . Cuma kadang sanggup xlepaskan rambut sebab taknak bg org tegur . Nanti ter *riak* susah lak hidup hhu T_T


5) PANJANG RAMBUT, USIA KENAL  EX BOIFRIEND 
(Huhu. takdelah cinta monyet gila zaman muda muda . Urm. maybe la kot ). 

      First potong pendek , sama hari kenal Ex. So faham faham lah dah berapa lama usia kenal dia till now Mar tak potong. Tapi kenal dia just 4tahun je break up takde jodoh orang kata. Kadang, rambut ni pun boleh jadi kenangan dengan ex sbb usia rambut ni sama kan dengan hari 1st kenal dia. Huu Mohon rambut ni takde memory 'terlekatlah' kan . hahaha . Urm dulu Mar pernah fikir juga nak potong rambut ni bila jumpa jodoh yg betul betul jodoh tapi skrg pun takpotong lagi maknanya takjumpa jodoh lagi la tu hhe . TAPI kalau jumpa nanti Mar akan potong pendek sampai pinggang je Hee taksabar! Oppss. 


Then, sure ni favourite rambut Mar, i'll cut like that. bye long hair . Tapi taktahu laaaa bilaaaaa nak potong  . hhe 
Bye awak .. Stalker ya . Haip!



terima kasih sudi baca :)

yang ikhlas ♥, Putery Memory

1 comments:

Beauty & Health Spa

Riessa Rose SPA Terbaik & Murah!

November 26, 2017,1 Comments

Hey akak abang semua!
Baru baru ni Mar lepas Marraton lenguh sesangat badan, mana taknya join warrior challenge mencabar sangatt hhu Then, Mar teringin sangat nak orang urut urut badan . Apa lagi Mar try la ke RIESSA ROSE ni. 

Muka Mar lepas lena diurut ke? ahhaha
SPA RIESSA ROSE ni sangatlah cantik & serba lengkap . Kat sini korang boleh buat Facial Treatment , Body Treatment & juga Body Massage. Tak silap Mar kat Spa ni ada 5bilik untuk treatment taw . So jangan risau korang nak datang boleh book masa korang & tak perlu nak berebut rebut hehhe. 
Bila Mar sampai , Mar dihidangkan dengan teh taw. Layanan diorang baik sangat.
Kalau korang nak tengok pakej pakej yang RIESSA ROSE sediakan boleh terus ke Facebook & Instagram mereka taw . (Link dekat info  bawah)
 Kat RIESSA ROSE ni Mar pilih Aroma Teraphy Massage . 
Pakej Aroma Teraphy
takmahal taw .
60 Minit : RM78
120 Minit : RM138
kat sini juga ada Thai Traditional Massage :
60 Minit : RM68
120 Minit : RM108
Herbal Ball Massage :
120 Minit : RM138
Back & Shoulder Massage :
45 Minit : RM68
Okay ini katil untuk Mar , Mar dah ready untuk diurut yeyy tak sabar hhe!
Apa perasaan ketika & selepas Massage? 
Rasa best & sedap sangat korang . Serius kalau sebelum ni orang nak urut je mesti Mar geli sangatttttt. Alahai tak boleh orang sentuh siket ada la nak tergelak gelak nak jerit jeritt hehe . Geli sangat! TAPI bila kat Spa ni, besttt lah weyhhh! Tak geli . Hebatnyaaaaa staff dia urut Mar . Fuh! memang nak pergi lagi . Bila dah habis urut rasa macam nak lagi jangan stop boleh dak? hahhaha . Rasa puas, sedap & hilang lenguh lenguh badan Mar . Thankyou sangat!
Wah kat sini pun boleh Sauna & mandi bunga taw . Ehem next month jomla mandi bunga !


Ini pula kerusi , untuk korang massage kaki sahaja. 
Ini tempat untuk Facial Treatment 
Aha, korang kat sini juga ada jual Jamu terbaik untuk wanita taw. Mar dah makan satu. Makin bertenaga . hehe 

Ini adalah staff RIESSA ROSE, yang urut badan Mar tu haa yang sebelah kanan kecik molek tu . Fuh tangan dia bestt heheh .

Korang yang nak cari Spa Mar memang recommend sangat SPA ni sebab servis dia terbaik. Memang ikhlas review dari hati Mar . Jom kita pergi next month pulak ! hehhew

TEL
03 92865499
012 2155499
FACEBOOK Riessa Rose
INSTAGRAMRiessarose 

LOKASI :
Lot F-07A, Fisrt Floor G-Village, No 35, Jalan Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur. 


1 comments:

easygiler

#Rideasy : Sewa Kereta & sewakan kereta anda!

November 24, 2017,0 Comments

Hey guys, 
Sebelum ni korang mesti pernah alami situasi tak tahu nak cari kat mana kereta sewa . Lagi lagi bila nak pakai on the spot. kadang, susah nak cari kalau ada pun tak tahu dia ada kereta macam mana & orang tu still buat sewa tak . So bila ada Rideasy ni Mar rasa ianya sangat membantu! Okay baca selanjutnya taw . 
Mar ke soft launched Rideasy di APW Bangsar minggu lepas. Its good new for you guys !
Rideasy didatangkan dalam bentuk yang supercanggih . Iaitu satu website untuk korang semua sewa kereta & menyewakan kereta . Sebelum ni susah nak dapatkan contact number orang yang sewakan kereta & sekarang dah ada website yang cukup lengkap & selamat !

Bagi sesiapa yang nak cari duit lebih bolehlah sewakan kereta. Daripada kereta korang tak guna kat rumah better bagi orang sewa boleh juga dapat duit poket kan. Kalau setiap dari family ada satu, apa kata kongsikan kereta untuk pergi kerja & kegunaan , manakala kereta lain sewakan. Ahaa. Senang senang je dapat duit hehe. Jangan risau sebab RIDEASY ada coverage by Allianz taw.

CARA-CARA
Korang klik je [ rideasy.my ] . Pertama kena Sign up dulu . Then boleh Pilih lokasi , tarikh pickup, tarikh return & jenis kereta yang korang nak. Jangan lupa korang kena Submit details korang taw!


Harga untuk sewa kereta bermula dari RM120 taw. Tengok jenis kereta yang korang nak. Memang sangat berpatutan untuk korang semua . Biasa Mar & kawan kawan cari kereta myvi je untuk sewa so RM120 untuk sehari kira okaylah sebab servis ni sangat selamat kan .
So yang tertanya tanya macam mana nak daftar kereta untuk sewakan & ada syarat syarat ke tak?Boleh baca kelayakan untuk kereta korang :
Syarat2 kelayakan kenderaan:
1. Usia kereta tidak lebih dari 10 tahun.
2. Keadaan kereta yang baik dan sempurna.
3. Mempunyai sijil Vehicle Ownership Certificate (VOC) yg sah
4. Mempunyai polisi insurans kenderaan terkini
5. Mempunyai road tax yang hidup dan sah

So apa lagi? hhe

Joinlah komuniti perkongsian kereta Rideasy sekarang dan jana pendapatan sehingga RM10,000 setahun! Wahh syok jugak Rideasy ni .

Contoh:

Kereta: Perodua MYVI 1.3 (2016)
Kadar Kongsi: RM120 sehari
Tempoh Kongsi: 10 hari (sebulan)
Pendapatan Kasar: RM120 x 10 = RM1,200
Pendapatan Bersih: RM1,200 - RM500 (loan bank) = RM700
Pendapatan Setahun: RM700 x 12 = RM8,400
Siap buat calculation lagi kan.  Nampak tak korang?berbaloi juga HHe.
Korang jangan lupa save terus webiste mereka taw! Next time senang !
Take noted : 
https://rideasy.my

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik media sosial Rideasy okay! :

WEBSITEhttps://rideasy.my

Thanks reading!
Much love,
Putery Memory 


0 comments: