Food

Orde Heritage Recipes antara Kedai Best di Kg Baru KL!

June 05, 2017,1 Comments

Assalamualaikum awak :) 
Mar appreciate sangat kalau ada yang pm/dm Mar tanya tempat makan best . Kalau tempat yang Mar tahu Mar akan kongsikan kat korang semua . Promise:') hhe Okay sekarang Mar nak kongsikan tempat makan best di Kg Baru KL ! 
Okay Taaaaaraaa!!
Hari Ahad minggu lepas Mar ke tempat best untuk berbuka puasa ! Iaitu di Orde Heritage Recipes atau sebelum ini dikenali sebagai kedai Asam Pedas Kampong Kampong. Mar first time datang kat Medan Selera ni . 
Mar nak cerita terus apa yang best kat sini. Yang paling Mar suka DAGING SALAI MASAK LEMAK ni. Rasa dia pedas , kuah lemak dia pekatt . Urmmmmmm perfect! Kalau nak tahu dah lama Mar cari daging salai masak lemak ni area KL , ngidamm sangat! At last jumpa jugakkkkk hhe 

Dan, Mar dengan kawan kawan datang kedai ni semata mata nak makan 
ASAM PEDAS IKAN PARI ni jugak. Ya Allah , pekat & masaammm kuah dia Mar sukaa. Favourite Mar 100% ! hhe Sedap berselira makan . Kalau nak tahu kawan Mar siap order lagi satu Asam Pedas kat Orde Heritage ni sebab dia punya kuahh tuu Kawww !!

Ini pulak, SUP DAGING TETEL . Hey! Mar tak pernah makan sup daging tetel ni taw. Bila kawan Mar cerita baru tahu & bila dapat rasa sendiri tu kemain sukaaa. hehe . Daging tetel ni daging yang ada lemak lemak sikit . Sedaplaa. tak muak pun bila makan . 
Daaan! yang ni AYAM GORENG KUNYIT . Ini lah yang kawan kawan Mar dok suka makan, sampai Mar pun ikut sukaaa sekalii. hhe Rasa garing ayam dia & rasa kunyit dia menyengattt ! . Dua pinggan habis licin . hhe . Nasib baik tak jilat je pinggan tu . Hahaha .
Suasana di Medan Selera Kedai 8 & 9
Walaupun Kamera merajuk tanak fokus , nak upload jugakk hehe . Geng kuad makan macam Mar!
Kat Orde Heritage ni banyak lagi menu menu special yang lain, Nanti korang boleh cuba okay . Next time datang sini Mar nak try yang lain pulakk. Sedap !
Mar bagi 4BINTANG! Wohoooo! 
Untuk korang yang area KL, Untunglah! Orde Heritage ada food delivery taw. Syoklah Mar pun nak order jugak sebab rumah memang dekat KL hehe .
Senang je nak cari awak! Kedai ni kat Medan Selera Jalan Haji Hashim, dekat dengan UnikL juga. 
WhatsApp je Makanan sampai ke pintu ! hehe 

ALAMAT:
Orde Heritage Recipes/ Asam Pedas Kampong Kampong, No 8 & 9, Pusat penjaja Selera Muda , Jalan Haji Hashim Kampung Baru , 53100, Kuala Lumpur .
HP: 0162073499
INSTAGRAM: orde_mealbox
A Putery Memory , A foodies with hashtag #foodMar . Thank you Orde Heritage Recipes!  

Thank you awak semua yang sudi baca blog Mar :')
Mar apprecite sangatsangat . 
Alhamdulillah :)

You Might Also Like

1 comment:

  1. sedapnya kak mar..nasi goreng ada tak? tak kisah nasi goreng apapun..asal nasi goreng ada..my fav food tu kak mar

    ReplyDelete