Laksa penang sedap

Resepi : Laksa Penang

February 28, 2016,0 Comments



BAHAN BAHAN :

-LAKSA
-IKAN SARDIN (5-6 EKOR untuk 5 orang makan )
-BAWANG BESAR
-BELACAN
-CILIBO
-CILI API ( ikutrasa nak pedas ke tak)
-SALAD
-BAWANG MERAH
-ASAM LIMAU
-ASAM KEPING
-BUNGA KANTAN
-DAUN KESUM
-TELUR (Rebus)

CARA-CARA :

-Rebus ikan sardin
-Asingkan isi dengan tulang ikan yg dah siap rebus
-KISAR : (isi ikan) kalau nak rasa lebih, kisar asing tulang ikan tu , tapis untuk ambil air je.
-KISAR : ( Bawang besar,cilibo,belacan,ciliapi)
-Masukkan bahan bahan yang dikasar dalam periuk biarkan masak dan masukkan air sebanyak yang --korang nak, nak pekat masuk sikit je lah .
-Lepas mendidih masukkan bunga kantan,daun kesum,asam keping , garam .
-(HIRIS/POTONG) : salad,cili api,limau
-SIAP . Boleh hidang bersama bahan bahan hirisan tadi dan letak telur . Wow sedapnyaa .






0 comments:

Kenduri

Tips Kenduri Jimat Masa & Jimat bajet .

February 25, 2016,0 Comments

SEKARANG KENDURI JIMAT MASA UNTUK BASUH PINGGAN .


Bila bulan cuti sekolah ni . ramai kenduri kendara belah mana mana pun ada kan .
Fuh Putery Memory dapat 10 undangan taw untuk bulan 2 dan 3 ni . Thanks korang yang jemput .


Nak senang dan memudahkan kenduri di majlis kita , senang je pakai kertas nasi lapik je atas pinggan . Senang jimat masa . Jimat pinggan .
Biasa kalau dah kenduri tak sempat kan nak punggah pinggan yang kotor lagi , nak basuh lagi , tak menang tangan orang cakap .





So apa kata kita guna inisiatif yang cukup ringkas dan mudah ni .
Lapik dengan kertas nasi . Bila tetamu datang senang tak kotorkan pinggan kat bawah . Lepas siap makan terus buang dalam plastik sampah .



Ramai dah kenduri yang buat macam ni . So yang tak tahu lagi . Boleh buat macam ni je nanti . Tak de lah penat sangat kan .



Selamat mencuba .

0 comments:

Cendawan hitam sedap

Cendawan Hitam pun ada? - RESEPI GORENG KICAP CENDAWAN HITAM

February 25, 2016,0 Comments

RESEPI GORENG KICAP CENDAWAN HITAM


Hai awak .
Sape yang tak pernah makan cendawan hitam @ black mushroom try laa makan best . Dulu pun mar tak pernah makan taw. Bila kakak buat , sedap taw . Tak sangka macam makan daging . Kunyah kunyah jee . hhe


Bahan –Bahan
-Minyak,bawang putih,cendawan hitam,garam,kicap.


Cara masak
-Rendam cendawan hitam biar dia kembang dulu .
-Masuk minyak dalam kuali biarkan panas
-Tumis bawang putih yang siap ditumbuk . ( tumbuk lah best dari hiris)
-Lepas garing, masukkan cendawan hitam yang dah kembang.
-Biarkan lama sikit baru masukkan garam @ serbuk perasa
-Last sekali masuklah kicap .

-Gaul rata . Siap . kalau nak pedas letaklah cili.

  
Black mushroom ni agak mahal , 
memang keras sebab tu la kena rendam air dulu taw awak .


 Bila dah rendam biarkan setengah jam, 
atau kurang dari tu pun okay asalkan dia kembang membesar gitew .


Bila dah rendam air, cendawan hitam ni akan kembang baru lah lembik . Macam getah gitew . Haha sape tak pernah try boleh p cari kat pasaraya. Tanya nak black mushroom . Ini makanan orang cina . Tapi best try taw . Macam cwing gum .


Dah siap black mushroom goreng kicap, resepi ringkas untuk cendawan hitam ni. 
Sedap . Tak caya cuba buat . HEEE .
Putery Memory suka makan ratah je . 
Tak sempat nasi masak . dah habis . hhe .

Terima kasih sudi baca. 
Sape yang try buat tu nanti tag lah putery memory taw .
Bye .


0 comments:

Taman Negara

Kenapa kena pergi Taman Negara?

February 25, 2016,0 Comments


Hai Guys. 


Penat baru balik Taman Negara berbaloi . Sebab best gila gila korang .
Sabar taw . Putery Memory tengah draft entry  Taman Negara untuk korang .


Sebelum tu korang tengok video ni dulu okay . Aktiviti -Aktiviti best yang korang tak kan dapat .

Klik Sini : 


Wajib nak repeat lagik .

Terutamanya .
Rapid Shooting & 4WD  .

0 comments:

Pemenang yeos contest

Who will bag away first prize of RM25,000? - Yeos Malaysia

February 25, 2016,1 Comments

YEOS MALAYSIA

Hari ni Putery Memory di Event yeos prize giving ceremony. Di Ruang,Subang Jaya. First time datang Ruang taw. Sebelum ni banyak event yang buat kat sini . Tempat dia memang menarik . Kali ni Yeos buat event kat sini . Memang superb lah . Thanks yeos sebab jemput putery memory  dari kelab blogger Ben Ashaari . 


Korang tahu kan, yeos ada buat video contest baru baru ni, hari ni penentu siapa pemenang best video tu . Rugi sangat bagi sesiapa yang tak join sebab hadiah dia lumayan gila .

1st prize : RM25000,00
2nd prize : RM5000
3 prize  : RM3000

banyak lagi kategori yang dipertandingkan, Lain lain kategori mendapat RM1000 . wah  teruja hati Putery Memory ni nak join jugak . Ehheh . suka sangat buat video kan .

Juri kali ni pun bukan calang calang orang, pengarah filem hebat, Osman Ali 
(berkemeja kuning)

Tahniah buat semua pemenang . Semua video yang menang tadi nampak simple tapi banyak maksudnya . Goodjob lah semua yang sertai . 



 So next time, kalau ada lagi contest yeos ni, pakat pakat join deh . Meleleh ayaq mata tengok orang lain menang hhehe T_T

Sekarang pun Putery Memory suka sangat minum yeos . Nak tahu tak sebab apa . Hahah sebab sebelum ni, susah sangat nak minum air kundur, errrrrrhahha .

Pendapat putery memory tentang yeos :
" sebelum ni tak suka sangat minum air soya atau air kundur tapi bila try yang yeos punya boleh minum, sedap . Memang selalu pergi kedai cari air yeos je , yeos kan banyak perisa, thanks yeos minuman yang bagus & lagi satu yeos yeogurt asli dia peh, kurus jap heee, bagus utk orang diet taw 

Sape suka minum teh?

Teh krisantimum yeos best sebab kurang manis, rasa dia segar tanpa pengawet . Nasib baik kurang manis kan. Bolehlaah beli letak dalam peti ais untuk minuman harian .



My favourite minuman . I love yeos .
Follow fb/ig/twitter Yeos : @ Yeosmalaysia

Thanks reading . 
www.instagram.com/puterymemory



1 comments:

makana jepun

Order sepantas kilat di Shogun2 awaak .

February 17, 2016,0 Comments

Baru faham maksud malas masak tu . Haha .
Hai korang . Urm ta sabarnya nak makan makanan dari shogun2u.


Minggu ni minggu yang agak busy jugak, selalu keluar. Hari ni dapat duk rumah je pun rasa senang sangat sangat tapi . tak senang jugak bila barang dapur tak sempat nak beli lagiiik awaaaak .

Okay senang cerita kita order je makanan kat :
kebetulan pulak sekarang ada CNY promosi kan . Cun sangat . so sekarang saya baru faham perasaan orang orang yang sibuk dan malas nak masak . Hehe 1 mestilah kena cari barang barang dapur dulu so memang makan masa .
Then bukan senang nak masak masakan jepun,korea,cina,thai & western.

kat SHOGUN2U ni memang best, semua yang saya mengidam tu ada . Howaaah .



 Ini lah dia . bila lagi kan kita nak try makanan dari shogun2u ni .
Tadi Putery Memory order dalam pukul 4.30 , lepas buat comfirmation order terus dia call taw . terkezut kakak . Letak  masa delivery pukul 6.00 .  Dalam order tu risau jugak kot kot dia tak jumpa alamat , sebab alamat tu kadang buatkan saya sendiri fening . Tapi Delivery man dah siap siap call tanya jalan rumah saya . ooo cepat dia faham . baguslah.
So jangan risau kalau alamat korang pening, diorang call tanya awal awal lagi taw .


Okay mar order sushi japannese punya & black paper beef . 
Kan sekarang ada promosi buy 1 get 1 . yahOooO . banyaknyaaaa .

Memang boleh simpan untuk sarapan esok laa awak .
Korang yang tak pernah try , boleh terus click
saya recommended lah , sebab diorang punya delivery pantas .


Bye nak makan dulu . 


0 comments:

Baby Bella Ammara selamat dilahirkan

February 16, 2016,0 Comments



Wah excitednya . Siapa kenal pemilik butik Muslimah terkenal, 
Bella Ammara ?

Sis bella dan suami, bussinesman yang paling saya kagum di Malaysia .

Kini baby sis bella selamat dilahirkan . Alhamdulillah teruja . Ta sabar nak tengok baby comel tu kan . Mestilah comel secomel ibunya . 



Tahniah sis Bella . Alhamdulillah semua dipermudahkan . Mesti korang pun excited nak tengok baby bella Ammara ni kan . 





0 comments:

Teruja dapat pergi Pasar Malam di Kuala Lumpur

February 16, 2016,0 Comments



Tak tahu pulak yang pasar malam dekat je . Ceyh . Berbulan bulan duk kat Kl ni baru tahu pasar malam paling dekat dengan lrt .

PASAR MALAM JELATEK

Wah . Teruja nak pergi borong barang masak .
Yelah sebelum ni selalu shopping barang masak kat pasaraya . Agak mahal la walaupun dah pilih pilih yang murah kan . Alaaa harga kl biasala korang . Kena pandai bajet la.

Pasar Malam Jelatek setiap jumaat taw . Dekat je dengan LRT Jelatek . Yes bawah Lrt jelatek je korang . Haha orang yang baru tahu ada pasar malam yg dekat ni beria taw pergi .
Masa pergi tu hari agak mendung, hujan jugak tapi kedai kedai pasar malam still bukak . Bila turun LRT Jelatek tu terus keluar belah kiri .






Bila sampai terus pergi kat bahagian barang basah , nak cari sayur , lauk pauk . hahah
Memang teruja tengok sayur segar segar semua murah murah okay. Harga pasar malam la korang . RM1.OO satu bakul kecil tu . heee
Mana taknyaa rasa nak amik semua je saya kan suka sangat sayur sayuran ni . RM10 jugak beli semuanya . Then makcik tu cakap . Adik amik lagi satu , bagi free satu . Wohaaa . Thanks . Lagi lah kakak sukaaaaaaaa .
Pasar malam ni agak besar jugak , macam macam ada lah . So korang yg habis kerja bolehlaa singgah di LRT Jelatek .


POS LAJU DI LRT JELATEK


Ahaa, sebelum terlupa di LRT Jelatek jugak ada kiosk POS LAJU taw . Patotlah sebelum ni ramai yg upadate turun LRT Jelatek utk pergi pos barang . Memang bagus sangatlah . Senang lah lepas ni nak pos barang . kat situuu je rupanyaa.


RAMLI BURGER  JELATEK


Ramai yang nak tahu kat mana ada Ramli Burger . Kat sini pun ada kiosk Ramli burger memang di LRT Jelatek tepi POS LAJU jer . So korang yang suka makan Ramli Burger boleh je singgah sini . 



PASAR MALAM LRT JELATEK
SETIAP JUMAAT

Selamat Memborong korang . 
EHEH .

0 comments:

Putery Memory menang gambar terbaik di Pizza Hut Blogger Party

February 16, 2016,0 Comments


Holla Everybody ,

korang dah try Pizza Chessy Crown ?
Howaahhhhh. Best kot rasa cheesss die Urmmmm . Memang mimpi lah malam ni .

Apa yang menariknya pizza Cheesy Crown ni mewah dengan cheese taw . Dan enak dengan rasa isi udang dia . Sedap . Bukan setakat kanak kanak je suka . Putery Memory yang 20 an ni pun rasa hari hari nak makan pizza .Hhe.




Kenapa crown . Try tengok bentuk dia . Tak ke sama macam crown . Ehem bukan Dato’ vida je pandai pakai crown taw. Pizza pun nak pakai crown jugak .

Kat tv pun dah siarkan pasal chessy crown kan . Now Putery Memory dapat rasa sendiri . Berbaloi baloi korang yang suka makan cheese ni . Ehem mestilah Putery Memory suka sangat cheese ni,  hantu Cheese . Hajahhahaha




Kat pizza party .
Ada Chair King taw . Excited Putery Memory pun nak rasa jadi raja jugak . Mana taw dapat kahwin dengan anak raja nanti .Haha .



"Mana pizza crown cheese beta , khabar dari Negara sebelah pizza crown cheesy ni  hebat dengan kesedapannya"
Haha caption tu dengan pic ni win taw . Putery Memory jadi winner contest IG untuk pizza chessy crown . Tak sangka . Hee thanks pizza Hut . Hug You . RM 1OO voucher makan pizza hut freee . Alhamdulillah .








So korang , pergi lah singgah pizza hut rasa pizza keluaran baru ni . Sedap oakay . Ni pun memang nak pergi lagi bawak Ibu . Heee



0 comments:

Sedekah

Antara sedekah atau ditipu aku pilih untuk ikhlas

February 16, 2016,0 Comments


Pang . !
Rasa sedikit dihempuk .


Baru teringat dah lama tak bagi sesuatu kepada orang yg lebih memerlukan. Mungkin kita sering terlupa dek sibuknya kehidupan .

"Kadang, kita kena sedar bahawa dalam rezeki kita ada juga rezeki orang lain"
Ada hak orang lain di dalamnya .

Beberapa hari lalu ,
Hari yang agak sibuk, berjalan turun dari jejantas pavilion untuk ke klcc .  Tetiba ada seorang lelaki ni berjalan arah hadapan terus menyapa .

 Lelaki 40 an : 
Askum, nak mintak tolong sikit, susahnya saya dari tadi lagi minta tolong pinjam duit sikit, susahnya orang kat sini . Saya nak pinjam duit nak balik , dompet saya hilang ‘

Terkejut sekejap, tiba tiba ada yg datang tegur. Hm, kalau korang sendiri pun mesti rasa sesuatu kan. Penipu atau macam macam orang kita boleh jumpa di KL ni .

Aku : ‘Hm, dari mana ni ?
Aku buat endah tak endah sikit ,
Aku bukan senang jugak nak bagi duit kat org sebarangan. Kadang, kalau jumpa peminta sedekah yg kat jalanan pun betul betul tengok org tu susah ke tak kan, budak budak yg diupah satu, sangat ramai dan aku sendiri pun kalau jumpa bebudak yg macam tu tak kan bagi sebab tahu memang diorang sedang ambil kesempatan .

Nak bagi sedekah boleh tapi bagi lah dekat orang yang betul betul memerlukan atau senang kita boleh bagi sedekah kat surau atau masjid .

Bila berlaku macam kat atas tu .

Aku fikir jugak dia ni saja nak menipu aku kan, ingat aku tak pandai tengok orang menipu ke tak . Bisik aku dalam hati . Huh .

Malas nak borak panjang sebab rushing masa tu, then risau jugak dia ni nak rompak aku ke apa 
 ,
Aku : ‘ Nak pinjam berapa ni orang lain tak bagi?’

Lelaki 40 an :  "Kalau boleh rm10 , saya nak tambang teksi nak balik, tak pa kamu bagi no tel , saya bayar balik nanti ''.

Siap kuarkan tel dia lagi .

Aku : hm ,tak payah lah . aku terus keluarkan duit bagi .

Lelaki 40 an : Terima kasih banyak banyak . Terima kasih’

Banyak kali cakap terima kasih mungkin sebab saya tak bagi no tel, bermakna saya tak mintak bayar balik. Ehh, tak kan nak bagi no tel kot. Haipppp . 

Dalam hati * Woit, nanti bayaq laa balik* huhuh  .
hm  tak daa lah . just confius kan , antara kita memang betul betul bantu dia atau pun dia sedang menipu .

By the way, apa apa pun yg berlaku. Tak pa lah, kalau dia tipu atau apa pun. Ikhlaskan untuk bagi. 

Kadang saya sendiri nak ucap terima kasih kat kejadian tu sebab benda tu mengingatkan kita, sedarkan kita yang kita dah lama tak 'memberi'.

A,ah itulah yg saya fikir tadi sebelum keluarkan duit bagi kat dia, yg penting kat situ ramai orang lalu lalang dan ada pak guard sebab memang depan pintu entrance .
So sebelum berbuat baik kena berwaspada dengan tempat & keadaan jugak okay  . Pesan pada diri sendiri dan juga awak awak yg baca ini .

Pic by me : search www.instagram.com/awh.co

Peristiwa ni sebenarnya sedikit menyedarkan saya . Sangat sangat . Thanks tuhan . Walaupun tak da kerja tetap lagi . At least sedikit pun jadi lah kita bagi .


Dalam rezeki kita ada rezki orang lain jugak .
Amalkan sedekah setiap hari , sedekah kan banyak, sedekah dari segi wang ringgit , dan juga bantuan lain . Sama sama kita ingat dan jangan kedekut & tamak mengejar rezeki tanpa fikir semua tu .


Dan lagi satu jangan riak . Jaga hati kita . Apa yang putery memory share ni pun just sekadar untuk sedarkan kita kita yg sering terlupa .



Follow Putery Memory di Instagram:
www.instagram.com/puterymemory

Terima kasih .
Mar


0 comments:

Travelmagazine

KENAPA WAJIB ADA MAJALAH BACK PACKERZ UNTUK TRAVEL??

February 10, 2016,0 Comments


 BACKPACKERZ
Nature-Adventure-Culture


Sekarang Putery Memory dah start hobi travel taw . 
Apa yang penting sebelum travel . Mestilah kena ada persiapan yang baik .  Baru baru ni saya ada nampak satu majalah travel yang cukup bagus untuk seorang travel .
Tak sangka berjaya ada satu .
Yes , Majalah BackPackerz memang bagus .




Segala maklumat tentang travel memang serba lengkap dalam majalah ni sebab tu saya rasa rasa wajib ada satu . Bukan setakat semasa travel , malah sebelum travel pun ada maklumat dalam majalah ni .
Dulu fikir jugak . Aku nak p bandung jer pun . tak perlu lah nak kemain buat persiapan . tapi silap .
Bila dah travel macam macam benda rasa penting . Maklumat Negara lain pun bagus untuk kita ambil peduli .




Yang paling best dalam majalah ni pun ada maklumat tentang Negara Negara yang belum kita lawati . Rasa macam nak pergi bila korang baca majalah ni , nampak senang untuk travel ke sana dengan adannya majalah ni .
Maklumat tentang kecemasan pun ada . Terbaiklah .

Majalah ni boleh didapati di myNEWS.com, Kinokuniya, Popular,Times dan mamak stall . Howah . hebatkan . Senang jer nak dapatkan majalah ni rupa rupanya . Setiap bulan wajib saya grab . Memang wajib untuk seorang traveller .
  
Kalau korang nak buat pembelian secara online pun boleh taw .
SMS/WHATSAPP : 0193762443



Oh ya dalam majalah ni jugak ada ruang untuk pengiklanan . Bagus sangat untuk mana mana agensi travel yang nak buat pengiklanan boleh terus hubungi 0192297247 .


Kalau korang ada sebarang isu tentang travel untuk dikongsikan pun boleh emelkan keapada mereka taw .
Terus ke magazine.backpakerz@gmail.com

FB : www.facebook.com/Backpackerzmag
IG :www.instagram.com/BackpackerzMag

Layari di : Backpackerzmag.com


Thanks reading awaak .

0 comments:

DJ di majlis kahwin.

Putery Memory tegur Wedding Photographer

February 08, 2016,0 Comments



Alhamdulillah dah selesai majlis perkahwinan  abang di Felda Mawar Jengka 10 .
Tahniah abang dan isteri . Dapat kakak ipar baru taw . Mestilah happy hhe .



Okay apa apa pun  di setiap majlis kadang mesti ada yang kurangnya kan . baru baru ni ketika majlis , macam macam ragam ada, biasalah yang tu nak jadi leader, yang ni nak jadi leader , bila dah banyak  arahan dan banyak kepala , nampak macam tak terurus . yang saya tengok ketika majlis bergambar .


Ramai sangat yang bagi arahan sampai tak terurus , biasalah kat mana mana pun saya suka tengok how people handling something . Ramai kakak kakak yg bagi arahan bergambar, kebetulan ketika tu ramai sangat yang nak bergambar ,bukan setakat family je , kengkawan pengantin pun ramai jugak dan kamera pun banyak , huhu  yes kamera handphone ni paling win . Aduhai. Hhu
 
Gambar Hiasan : Insan Google

Sampai kan kesian tengok Official photographer ( OP ) , saya perati jer ragam semua . Please okay bagi laluan kat OP buat kerja , tapi yang paling saya tak suka bila OP senyap je .
Sorry la , saya tak kenal OP tu sape, by the way walaupun saya pegang DSLR jugak time tu tapi saya akan stop bagi laluan kat OP . 

Bila OP tak bercakap pun, nak shoot sape dan sape, tak bagi arahan pun turn sape dan sape, nak suruh bagi laluan kat sape, kakak kakak saya pun banyak nak bagi arahan dan nampak kelam kabut . Itu yang saya tak suka .


Then , bila dah macam tu , saya pergi kat OP terus bagitahu .
Bang, please conduct bang . 
Tolong bagi arahan , abang nak shoot sape dgn pengantin dulu

 Baru lah OP tu cakap .
'Oh okay '

Baru lah OP tu bertindak terus pergi ke depan dan cakap itu ini. Haa boleh pun . please okay kadang bergambar ni kita kejar masa. Ibu bapa pengantin lelaki & family belah lelaki biasanya akan rushing utk balik, so please handle masa tu baik baik. kadang diorang akan shoot jer dengan handphone mcm mana pun asalkan ikut syarat bergambar, tapi bila Photographer mesti nak gambar tu perfect kan, tak nak gambar tu buruk , senget benget bagai . So photographer yang kena bagi arahan boleh . Tak naklah photographer ikut jer nak shoot .


Sorry lah , saya memang nampak apa yg buruk apa lawa pada satu gambar tu . Kalau korang orang yang professional please handle semua tu .

Bila tiba turn kanak kanak (anak anak buah) pulak bergambar dgn pengantin , macam macam susunan ada . So dah nampak mcm tak terurus, bila ramai plk mak mak ayah depa nk bg arahan . lagilah nampak serabutnyaa . 

okay . saya terus cakap .

‘Okay semua anak anak buah ciksu , dengar arahan abang cameramen ni okay'

aku siap tunjuk abang OP tu kat anak anak buah aku

then aku bisik kat OP tu.

'bang , abang susunan dia okay tak?
 *aku saja je nak suruh OP tu nampak -memang nampak tak tersusun*

‘ abang kena susun diorg, diorang dengar cakap abang’ .

Aku buat macam tu , sebab aku tak nak kakak kakak aku yang lain banyak bagi arahan sampai budak budak pun tak tahu nak dengar sape .

Please okay OP kena bersuara jgnlaa senyaaap .
By the way . Goodjob OP . Nanti saya tengok album kahwin abang saya nanti okay . Mesti cantik .  Thanks sempurnakan majlis abang saya . 


 p/s : 
Kepada semua di majlis perkahwinan , baik family ke sape ke , tolonglah bagi kerjasama, bagi OP buat kerja dia. Korang janganlah nak bagi arahan apa apa . Aku faham perasaan Photographer, memang tak senang bila pihak family yang bagi arahan itu ini , sebab aku tahu photographer yg hebat mesti tahu nak buat kerja dia . Photographer tak kan selesa kalau korang bagi arahan macam macam .
Dan .
Bila photographer nak shoot, tolong bagi laluan kat OFFICIAL PHOTOGRAPHER . Korang yang pakai kamera handphone atau kamera sendiri kena respect siket kat Official Photographer sebab dia tengah buat kerja untuk dapatkan gambar terbaik.
Okay .

So Photographer pun janganlah malu malu nak bagi arahan okay . Malu malu nanti saya ngorat . Ehem .


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Okay itu yang pada majlis abang sendiri .
Then ada satu majlis jugak yang saya pergi sebelum ni .

Saya tak suka dengan cara DJ majlis yang selalu bagi arahan .

Macam mana DJ tu boleh suka suka bagi arahan bila dia sendiri jauh dari pengantin, nampak ke pengantin tu dah habis makan ke atau tgh buat apa . DJ bagi arahan itu ini , tapi pengantin tak sempat lagi nak itu ini . Eh .

Yang paling saya nampak sangat , bila DJ tu nak bagi arahan macam macam kat Official Photographer .
Nasib baiklah Official Photographer tu nampak okay je walaupun terpaksa tinggalkan pinggan nasi . Aduhai kesian nampak .
 
Gambar hiasan : Insan Google


Bila majlis potong kek .
DJ patotnya cakap satu je , untuk majlis potong kek . tak perlulah sampai nak shoot satu satu DJ bagi arahan . Aduhai kesian OP, saya nampak OP tu tercungap cungap jugak nak dptkan gambar terbaik dengan keadaan yang terlalu cpt DJ tu bagi arahan .

Bagi saya , biarlah OP tu bagi arahan untuk pengantin utk shoot by shoot . Bukan DJ yang jauhhhh nun di sana . Bukan setakat OP je yg tercungap cungap. Pengantin pun kesian .
Tak nampak siap tak siap ,terus bagi arahan itu ini . Fuh . 

Mungkin pengantin okay . tapi sebenarnya ramai tetamu yang nampak majlis tu berjalan okay tak okay  . A,ah aku lah salah sorang tetamu tu . Huuu .

Kan tak pasal DJ perkahwinan di tegur oleh Putery Memory . KAH KAH KAH . tak ke malu . By the way . Goodjob lah abg DJ . huuu

Fuh Berpeluh jugak . saya dengar abang jadi DJ .

Harap semua yang menyempurnakan majlis seseorang kena peka dengan semua ini boleh boleh ?


Terima kasih sudi singgah baca . 



Jemput follow saya di instagram :
www.instagram.com/puterymemory





0 comments:

Make up artist Malaysia

Penting Wanita pandai Make Up sendiri - Make up by Sarah Hata

February 02, 2016,6 Comments



MAKE UP BY SARAH HATA

Sebelum ni kalau ada photoshoot, kena cari Make Up Artist bagai . Susahlaa lambat . Kena jugak pandai Make up sendiri . Selalu Putery Memory akan tengok youtube nak belajar, tapi tak puas ,kadang rasa give up . Hhaha geram jer.

Nak kena face to face orang ajar baru best & puas hati .
bila Putery Memory hadir ke Demo Make up Class by Sarah Hata ni rasa bagus sangat . Semua Sis Sarah ajar . Macam mana nak make up guna lain lain produk .

Ini baru betul , tengok step- step yang sis Sarah ajar pun rasa senang . 



 Pemilihan produk make up pun penting taw , jangan pakai yang tiruan . Pakai yang original . Siapa tak sayang muka kan. Lebih lebih lagi muka muka yang sangat sensitif .




 Okay kalau tengok Muka Model yang dah siap di Make up ni .
Ada perbezaan foundation di bahagian 1 & 2 . Sis sarah guna stick foundation dan juga liquid foundation. Tak banyak beza pun yang bezanya hanyalah tahan lama atau tak . Itu jer .

So kalau nak tahan lama, tebal dan pekat . Better pakai stick foundation .
Macam Putery Memory better pakai stick untuk photoshoot baru lah nampak WOW dalam gambar .



  Yang paling penting Make up bahagian mata , memang fail taw kalau saya make up bahagian mata, hhe takut jadi garang . tapi tengok sis sarah apply senang je tampak ringkas & cantik .

 Penggunaan brush pun penting ,bukan boleh pakai 1 brush je untuk semua bahagian . Sekarang baru tahu betapa banyaknya kepentingan guna lain lain brush . Putery Memory tak sabar nak grab 1 taw .
Kalau korang berminat boleh contact Mar taw .
via whatsapp +60145241224 .

 Hoyeh . Happy gila . Lepas make up class dah pandai Make up sendiri . Sekarang kena tambahkan alat alat make up jer lagi , Memang benda ni penting sangat sangat sebab putery memory selalu problem make up kalau nak photoshoot .

 Terbaik lah sis sarah . Thanks ajar Putery Memory Make up taw .
Seronok pulak . Serius awak , bila pandai make up sendiri ni rasa seronok gila .


   
SARA HATA 
 A MAKE UP ARTIST, MALAYSIA 

Mana mana organisasi nak hadir kelas make up by Sarah hata boleh terus berhubung dengan beliau di media sosial .  Boleh jugak jemput beliau untuk make up kelas di organisasi korang k .
atau pun nak dapatkan make up artist untuk majlis korang boleh juga jemput Make up artist hebat ni okay .

Oh ya,
 Lokasi kelas make up by Sarah hata .
di
Hijabella studio, Ampang Kuala Lumpur  taw .  

Kalau nak tengok perjalanan Kelas Make up by Sarah Hata ni .
Jom usha beliau di Media Sosial :

 
Dan juga melalui hashtage :
#makeupbysarahata



Atau
Di IG Putery Memory


Bye Cantiks .
 

6 comments: