Bukit Ampang Antara tempat best untuk lepak di KL

January 13, 2016,2 Comments


10.1.2016

Sebelum ni saya suka cari tempat tinggi untuk lepak dengan member-member. Dulu suka pergi rooftop2, sekarang dapat pergi Bukit Ampang , Howah ! dah lama teringin nak lepak sini .

Okay ini kami decide last minute taw, aku la yang suggest, apa kata kalau kita ke bukit Ampang, aku tak tahu pulak yang diorng pun tak pernah pergi . Hehe so cun !  Yang pastinya plan aku buat mesti menjadi hhiks.



Antara aku dan kawan kawan semua tak tahu jalan nak ke sana, jadi benda yg paling selamat guna waze la. Kitorg pergi waktu yg sangat tepat . After asar, dalam pukul 5.30p.m kitorang terus gerak dan yg penting singgah laa asar dulu .

Sampai je sana dalam pukul 6.30 pm, Serius memang excited sebab tengok gerai gerai atas bukit ampang semua dah bukak . Jadi antara gerai gerai kami nak lepak, kami pilih gerai yg lokasi paling tepat untuk view KL, mestilah gerai yg tengah tengah kan .















Kalau korang nak tahu Menu Bukit Ampang semua sama je , semua gerai jual benda yang sama, sebab mungkin ciatarasa pengunjung Bukit Ampang itu lah kot . Antaranya Penang Char kuey teow, Laksa Johor, Bakso . So tak tahu lah gerai mana yg sedap sebab semuanya nampak sama kan. Tak de lah penting sgt sedap ke idok sebenarnya yang paling penting dapat lepak kerusi yg paling nampak view KL . haha sebab itu lah tujuan paling utama heee .




I order Bakso , boleh tahanlah sebab ada lada jeruk kesukaan tu . ke korg pggl apa , hahah 


Oh mesti semua nak tahu kan Putery Memory lepak dengan sape?
Okay kenalkan ini kawan kawan lepak sana sini . Chipmunk, Amir & Saffa . Mereka semua baik hati We should be excited guys! Hee
Time weekend lah semua boleh lepak,bila weekday semua busy dengan kerja, 
so this our quality time guys!





Bila dah pukul 7.oo pm semua excited taw sebab masa tu waktu paling cantiklah kalau nak tengok matahari terbenam . Kami sempat! Happy okay . Subhanallah cantik sgt . Jangan lupa rakam detik detik tu, pergi pun sebab nak ada kenangan kan .  Snap pictures banyak banyak korang !


Kat sana bila da makin malam , makin ramai orang taw, pelancong luar Negara pun ramai . So better korang pergi petang . Tak de lah tercari cari parking atau tak de kerusi nak lepak nanti .








SubhanaAllah Cantik kan! Suka sangat lepak sini , 

Next time boleh pergi lagi . Dengan korang lah ! Jom 


Terima kasih baca .

Jgn lupa follow blog Putery Memory taw .


You Might Also Like

2 comments:

  1. pernah singgah sekejap je..beli burger then balik...sebab dah penuh tempat tu...tp memang betul la pemandangan memang cantik

    ReplyDelete
  2. Ada satu lg view yg cantik mcm bukit ampang,dekat bukit permai..tp atas tu xde gerai la,cuma permandangan je yg awesome..ramai gak org lpk sana..sbb view lbih jelas dr bukit ampang..

    ReplyDelete