Food Hunter

BUFFET RAMADHAN 2015 DI BANGI GOLF RESORT

June 03, 2015,6 Comments


Assalamualaikum Canteks & Handsomes saya !

Road to Ramadhan lagi berapa hari? bestnya . Tak sabar, sebab setahun sekali je bulan mulia ni kan. InsyaAllah kita sama sama persiapkan diri & hati . 
Sebelum ni, sangat busy dengan study tak pernah nak 'usha' tempat best berbuka puasa. Tapi alhamdulillah puasa kali ni, saya nak bawa korang semua ke Buffet Ramadhan best & puas hati !
Ehem ! 
Pinjam Pic dari Sahabt Projek Travel . 

mestilah kat  Bangi Golf Resort Restaurant dengan bangganya mereka mempersembahkan Buffet Ramadhan bermula dari 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015 .
Siapa tak kenal restoran yang penuh popular ni kan? 
sebelum ni puterymemory selalu dengar orang duk habaq mai pasai BGR ni . Best ! 
Jadi sebab tu lah , teruja sangat untuk berbuka puasa kat sini taw .

Kalau korang nak tahu ,BGR merupakan salah satu resort golf di Malaysia yang telah menerima perakuan Sijil Halal daripada JAKIM.

Kenapa pengungjung ramai ke sini ? haa , ini rahsianya .
Buffet Ramadhan BGR digemari ramai kerana kepelbagaian juadah dan kualiti masakan yang disediakan. 


Restoran ini juga menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga 200 pilihan ! Wah kemain korang boleh hadap semua makanan kan. HEHE !

 Harga pun berpatutan yang bermula dari :

  •  RM55 untuk DEWASA
  •  RM27 untuk KANAK-KANAK


Buffet Ramadhan ini juga menyediakan berbagai jenis hidangan buffet termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Timur yang digemari ramai taw .

Pada tahun 2015 ini, ‘pasukan dapur’ BGR telah menghasilkan pelbagai hidangan yang pasti ‘menggiurkan’ dan bakal membangkitkan selera para tetamu. BGR dah memikat selera saya tahu ! Sampai hati .kenapa sedap sangat ? hhe 


Hai En. Kambing ,
Comel dan redha je untuk dimakan . Hee 
Ini menu yang wajib try, rugilah kalau tak try, nangis tepi bucu katil nanti .eheh.

Teruja puterymemory tengok Kawah besar ni taw. 
Meleleh,Terliur okay ! huhu
Okay untuk semua  tetamu  anda boleh menikmati Cooking Showcases BGR tahun ini yang menampilkan Kambing Bakar,iaitu kambing yang dipanggang secara perlahan di atas bara api dan Sup Kambing Mamak. Di stesen ini, chef BGR menghidangkan tetamu dengan hirisan daging kambing yang baru sahjaa dipanggang dan menyediakan sup kambing panas . 
Menghangatkan selera sangat ! 

Jangan lupa ,korang  juga boleh menikmati Sate Daging dan Ayam yang dihidangkan dengan Kuah Kacang .  Of course lah , dibuat sendiri taw . 

Kway Teow Goreng & Mee Goreng Mamak pula digoreng panas di depan depan korang sendiri nanti . Tak zabar kan nak tengok profesionalnya diorang masak.

Di bahagian Western Appetizer : 
Tetamu akan disajikan hidangan dengan sentuhan gastronomi istimewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang &  Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Hidangan itu sungguh menyelerakan dan chef dengan riang senang hatinya akan menyajikan hidangan tambahan atas permintaan tetamu taw ! Bagi pilihan masakan Barat yang lain yang lebih enak dan klasik , Saya syorkan Beef Lasagna & Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce.











Di sudut Menu Utama Tempatan & Masakan Timur : 
'Pasukan dapur' BGR menyediakan pelbagai pilihan juadah seperti Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Pepper Beef dan Fish Fillet dengan Sos Serai dan tidak dilupakan hidangan popular kegemaran ramai seperti Sambal Sotong Kembang , Ayam Masak Ros dan Rendang Daging Tiak Minyak.*Hehe kelakar pulak nama dia Tiak Minyak,sebab tak pernah dengar pun sebelum ni,Tiak Minyak ni la best taw  *












Pencuci mulut kat sini pun lazat , kalau bawa anak-anak comel datang mesti gegila sukakan Aiskrim Pacojet dengan rasa unikk Teh Tarik Tembikai Susu dan Bunga Kantan amat digemari oleh pelanggan ,bukan setakat kanak-kanak je ,Aiskrim tu orang besau pun suka makan, pasti tanpa mengira usia!*AUmm . Shedappp,teringat-ingat pulak . eheh *
 Aiskrim itu  dihasilkan menggunakan teknologi yang sering digunakan di restoran2 mewah. 
Harus cuba.! Jom rasai sendiri perbezaannya berbanding aiskrim2 lain okay .



Telur Telur separuh masak ! ini menu sihat saya pada waktu pagi . Jumpa pulak dengan pelbagai resepi kat sini ,terharu nak nangis . hee





Para tetamu juga boleh mengakhiri jamuan dengan juadah manis di ‘Live Station’ Spanish Churro dengan kuah coklat yang pekat.Terdapat pelbagai jenis kuih muih buatan sendiri,pudding, agar-agar ,buah-buahan tropika &  tempatan
AHaa!  Korang juga akan rambang mata dengan pelbagai pilihan popular Barat seperti Italian Tiramisu, Chocolate ร‰clair, Blueberry Cheese Cake, Red velvet Cake, Young Coconut Jelly, Crรจme Carmel , Mix Berry Panna Cotta dan ciptaan eksotik terkini untuk tahun 2015-Infused Chocolate Ganache Tartlet.








Semua ada ,nak yang tradisional pun ada okay . Perut saya senyum je nak balik ni . Haha . 
Suka la kan dapat try semua . 



Okay nampak tak kat bawah ni? Rojak buah . kalau kat kampung bulan puasa wajib makan taw . Yup! Wajib ada . Pengubat perut yang merindukan kampung halaman . eheh . Sedaplah ,sebab suka sangat makan asam . Ikut perut ibu kot . hehhe .



Okay Pada Buffet Ramdhan tahun ini ,Bangi Golf Resort akan memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka taw . Ruang moden yang baru dibina akan memaparkan ‘hiburan di dapur’, So sebab tu restoran ni best , hati tersibur wOw ! hebat , ia membolehkan tetamu menyaksikan secara langsung chef-chef BGR menyediakan hidangan dan berinteraksi dengan mereka.

Sangat cun bila Bangi Golf Resort menyediakan  800 tempat letak kereta secara percuma. Tak risau nak cari parking lepas ni okay . 
Kemudahan lain seperti Surau Lelaki/Perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu. Jangan risau makanan tak lari . Jangan lupa solat di awal waktu taw . Jangan ingat makan je .Eheh .



Kenalkan ini lah Chef Kamaruddin , sangat sangat sangat peramah orangynya  .Best jumpa beliau . Semua chef kat BGR ni sporting. Tengoklah tu bila bergambar . kemain kan semua. Hee 
Beliau talkative sangat ,nak tanya apa apa pun tanya lah . 


Seperti yang dikatakan oleh Chef Kamaruddin ''Buffet Ramadhan di BGR ini sentiasa menjadi pilihan kegemaran untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan2. Kami juga bekerja keras untuk kekalkan keenakkan rasa tradisi masakan kami secara konsisten agara pelanggan sentiasa datang lagi''

Tengok Yuyu Zulaikha pun ada,siap dapat cabutan bertuah lagi . Bestnya kak yuyu rezeki baby habib ya? heheh Alhamdulillah .
Siapa tak kenal blogger terkenal kecik molek ni , kali kedua jumpa kak yuyu, Habib pun dah besau . Jadi anak yang baikbaik taw . Sayang Habib !


 Pada masa yang sama,tetamu akan dihiburkan dengan alunan muzik melayu Tradisonal yang didendangkan secara live oleh sebuah kumpulan kugiran dari pukul 6.30 malam setiap hari taw . Nampak tak kat atas stage tu?
Alhamdulillah .Kenyang perut senang hati . Itu Sebahagian rakan blogger Putery Memory . Semua dah tersenyum riang dapat rasa kenikmatan di sini, Hm  so korang bila lagi? Jom . Putery Memory akan pergi lagi nanti sebab dapat dua baucer free . Hehe .
Terima Kasih Bangi Golf Resort . Sape bertuah boleh makan bersama Putery Memory nanti taw .


Okay tolong booking cepat ya . Sesama enjoy dengan hidangan BGR Ramadhan nanti okay .

Untuk tempahan / pertanyaan :

No Telefon :+(603) 8925 3728 / +(603) 8210 0265

Alamat : No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Laman Web : http://www.bgrrest.com

Facebook : https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant

Email : bgb.bangigolf@gmail.com

Waktu Operasi : 6.30 pagi - 9.30 malam setiap hari 





You Might Also Like

6 comments:

  1. kena datang buka puasa kat sini nanti..
    byk makanan tak makan masa review ni.. heheheee

    ReplyDelete
  2. ni sebahagian jer.. banyak lagi menu yang bakal dihidangkan nanti..

    ReplyDelete
  3. wahhh sedapnya dapat makan kak.. nyum nyum.. ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  4. untuk tempahan buffet ramadhan di bangi golf resort boleh hubungi 016-9645544 atau 016-2678284 melalui email : bgrrestaurant@gmail.com

    ReplyDelete
  5. untuk tempahan buffet ramadhan di bangi golf resort boleh hubungi 016-9645544 atau 016-2678284 melalui email : bgrrestaurant@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Mmang best makan kat sana... ingat tahun nie nak g lagi rindu suasana open bernuka dia.. dan mmang puas hati....

    ReplyDelete