Pertunangan Blogger Fatin Liyana & Dr.Anwar Fazal

December 22, 2014,8 Comments

Assalamualaikum semua kesayangan Puterymemory .
Sihat? Alhamdulillah .


Mabruk alaikuma .


Blogger Idol saya Dr.Fatin Liyana dan  juga Penulis Idol saya  Dr Anwar Fazal .
Siapa tak kenal Fatin Liyana ? Boleh google laju laju ,

Kapatin ! tahniah ! 
sungguh kagum dengan serikandi negara .
baru sahaja dinobatkan antara serikandi negara oleh Dr.Hasmah .

hebat bukan?
 sungguh kagum teruja ,malahan buat saya lagi bersemangat untuk berjiwa besar macam sis fatin .

InsyaAllah .
Tahniah juga untuk Dr.Anwar Fazal 
moga perjalanan ini dimudahkan hingga akhirnya .

Siapa pula Dr Anwar Fazal?
Dr Anwar Fazal merupakan salah seorang Doktor juga penulis Novel DIAgnosis yang sudah saya khatam buku tersebut dengan ikhlas hati  mungkin .
Sungguh memberi impak kepada kehidupan baik baik .Jika pembaca dari blog saya ingin menjadi 
orang baik baik betul baik sungguh mungkin .InsyaAllah carilah buku Diagnosis .Eh promote pula .
DIAGNOSIS 
  Buku terhebat pernah saya baca

dan .
tunggu kemunculan 
DIAGNOSIS II

sebab hasil gabungan tulisan Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal juga tercoret di kertas tebal tersebut .





Semoga perjalanan bahtera pertunangan dua nama hebat ini diredhai Allah hingga akhirnya .







Sweet sangat ! 
yang penting mereka seiras .Saya percaya jodoh pasti ada jua iras muka kita walaupun ada yang mengatakan tak sama .Eh ehhe . InsyaAllah .ada sesapa iras saya tak? Heheh .



  
                bersama ibu Dr Anwar Fazal 





Kat sini saya paling tertarik 1 benda mungkin .

 " NOTE BOOK 2015 "

yes,benda yang paling penting dalam hidup saya juga notebook dan juga kalendar .
Boyfriend saya buat ketika ini .
itulah ! senang bila adanya .memudahkan urusan .Jadi sangat sesuai ianya dijadikan hadiah hantaran sebab kita dah di penghujung 2014  .

Wah sekejap je kan !




Keluarga sebelah FL





Eh ,Blogger Datin Najah pun ada kat situ .Sahabat baik FL :')






InsyaAllah semoga pertunangan ini diberkati olehNYA .
Sama sama kita doakan untuk Blogger hebat ini .

Alhamdulillah  kak fatin  :')




8 comments:

Lifestyle

Pencuri Depan Mata !

December 08, 2014,9 Comments

Hey korang sihat ? ! 
Ehee .ramai pula tanyaa macam mana perasaan bila nampak pencuri keluar rumah depan mataaaa kot .
Oh my .Seriously macam mimpi .

Ahad 7hb 12 .
Jam 6.oo pagi .
Aku dan sahabat  siap nak keluar rumah ke ukm .Dah siap packing bag .tunggu nak pakai kasut ja .Bukak pintu rumah .Masing-masing masuk bilik jap ambil barang .
Bunyi sms .aku terus keluar bilik .tak sampai 2 saat .

Eh LELAKI?!!
  keluar dari rumah aku? ERR! 

gila kau ,aku tak panik blur jap .Terus p jenguk luar pintu rumah LELAKI berbaju coklat muda + berseluar hitam berjalan lajuuuuuu  tanpa toleh kiri kanan.
Aku yang agak kebingungan ni .Haish ! betul ke ni .jap jap apa dia buat dalam rumah aku !?
apa lagi .terus melilau-lilau cari barang penting .Eh Handphone aku kat iron board mana?! .
Memang kat tangan LELAKI tu ada pegang handphone tapi aku tak pasti hp sape ,xjelass .
Masuk bilik kawan pinjam handphone , terus call no aku .Kring Kring Kring .... 
Cuba dengar kat ruang tamu rumah ,kat iron board , memang tak bunyi .
haish . call lagi .kring kring . tiba tiba ada orang reject call ,

hah! betul dah ni ,memang LELAKI tu ambil phone aku ! 
Sarung selipar terus berlari pergi kejar sorang diri turun tangga apartment jati seorang diri .Sunyi .Sepi .Tanpa ada suara .
Hati aku berdebar .Kencang ..Ah bodohnya .mana dia nih ! Kau curi handphone aku siot ! .dalam hati meronta-ronta nak marah .

Apa perasaan korang kalau di tempat saya time tu? 

aduhai .takut seriously takut .
Selang beberapa saat terus ke bilik cakap kat kawan ,weyh teman aku p kat pakguard jap ! pencuri tu dah hilang ! dah lari ! .

tak pela ,
aku terus bergegas seorang diri ke pondok pakguard 
"Assalamualaikum pakcik .Assalamualaikum .
3x bagi salam baru pakcik tu keluar .ah lambatnya .
airmata aku dah mengalir laju .

Ya ,kenapa ni?
Pakcik ada LELAKI masuk rumah saya .baru je! Cepat pakcik ! 


Tiba-tiba ada 2 orang lelaki bermotor .apa lagi pakcik guard ni terus tahan *macam buat sekatan jalan raya pulak* .haaa pakcik rasa yg ni dah ! tak pe pakcik nak tahan diorang ! .


Eh Eh pakcik bukan ,ni kawan saya 
*lucu pun ada time tu* eheh 

Aku apa lagi terus cite kat member laki dua orang tu yang sama nak ke ukm jugak ,
Ok tak pe ,Cao hang p kat belakang ,aku p depan .Laju dengan motor mereka .harapnya sempat jumpa dengan pencuri .Kalau orang luar pasti sempat tangkap !
pakguard ikut aku ke bilik .Cerita lagi .sambil berharap jumpa handphone tuh ! 
ah dalam hati panik .sedih .
Percaya yang aku tak kan dapat balik handphone aku .

Jarang handphone yang kena 'pau' akan dapat balik ,
aku terpaksa redhaaa .. isk!

TAPI !.......
3 minit berlalu . kawan aku cuba lagi contact no handphone aku .
Ya bunyi ..
Kring.....................!

Tak angkat .
kemudian .
no handphone aku call kawan aku .
kawan aku apa lagi .
angkat .

HELLO HELLO ! 
sape ni?


"haa ya ,saya ada jumpa handphone ni kat kawasan surau tadi ada sorang laki india lari ,handphone jatuh .saya sekarang kat stesyen minyak nak bawa phone ni ke balai polis sebab saya bukan orang sini ,saya tak tahu handphone sape .Tadi saya tumpang solat kat surau sana " kata lelaki baik hati tersebut .


Ha ya encik tu handphone kawan saya .tolong datang tempat encik jumpa tadi sekarang ,kami tunggu kat sini !

Ok ok baiklah .


Fuh .

Menunggu ..

alhamdulillah .
Akhirnya .Tuhan masih buka rezeki untuk saya .
Ya Allah .Sujud Syukur ke Akhirnya !

Tuhan T_T .



Moral of the story :
Rumah saya selalu berkunci tapi tuhan nak duga , buka pintu time nak keluar dah ,
tak sampai 2 saat pencuri ambil kesempatan utk masuk .Jadi itu perkara kebiasaan yang kita sering buat dan kita mungkin tak kan jangka  saat tu pencuri boleh masuk .
"Bukak pintu sekejap" mengundang parah walaupun dah nak keluar .
Hati Hati buat kawan kawan kat luar sana .



Moga cerita saya jadikan pengajaran .

Salamalaik :)


9 comments:

Bakal Pegawai Psikologi (Pelatih) di Kementerian Pertahanan Malaysia

November 22, 2014,4 Comments

Hai kesayangan .Sihat ? Lama kan saya tak menulis .
Disebabkan busy memanjang dengan Tesis .
Setiap minggu full dengan  segala aktiviti . Seriously .tak da kesempatan untuk  rehatkan diri menulis bercerita pada korang semua .
Okay this weekend .Alhamdulillah .
Free.
Hoyay ! Ehh .Excited pulak .
Excited la sebab dapat sambung menulis untuk semua yang tak pernah jemu membaca blog saya .
Ehem .
Pelajar tahun Akhir . Tahun 4 .Sem 7 .
Berdirinya saya di sini .Ceh !
Sebenarnya tak da apa pun nak kongsi hahha ! *GELAK JAHAT * Uhhu .
jahat kan saya .suh korang baca penulisan yang kosong .
Eheh .
Rindu sangat nak menulis jugak walaupun tak da idea .Haip .janganlah marah .
Okay Okay saya nak kongsi pasal interview saya semalam di MINDEF .
Eh MINDEF tu apa? Oh lupa .korang ada yang tak tahu MINDEF tu apa kan .tak pe tak pe .Sokay .
MINDEF  adalah singkatan daripada Ministry Of Defence Malaysia iaitu KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA .  Internship(praktikal) pun perlu interview ke? Oh biasalah organisasi yang mementingkan gerak kerja mereka haruslah bergerak dengan bijak ,Mestilah nak kenal siapa yang bakal membantu mereka dalam organisasi tersebut .Saya sokong .
Alhamdulillah .Interview /suai kenal semalam berjalan dengan lancar .InsyaAllah saya akan berkhidmat sebagai Pegawai Psikologi (Pelatih) di  Unit Psikologi Mindef   pada sem 8 ,2015 nanti .Doa doakan ya!
Bila dah  pergi lihat sendiri   suasana kat sana .Rasa macam excited ! Mana tak nya first time taw jejak ke sana . Eheh ! Orang orang kat sana semua penuh skema .Rasa macam teruja ! .
Okay .Seriously lah saya cakap .  Kecut jugak lah perut bila sampai kat sana .haha Nak masuk semestinya kena ada pass masuk .perlu tinggalkan I/C (Kad pengenalan diri) .
Apa lagi gantunglah kat tudung cantek saya ni .
Oh yang paling penting Beware okay .Kat sana tak leh tangkap gambar .Hahah .best duk shoot situ sini ,datang abang yang pakai baju askar tu .”Cik kat sini tak boleh tangkap gambar “.
 Oh yekee .Sorry ! -_- Haha buat muka tak bersalah .
Mana la saya tahu .HOMAIGOD .  hehe .
Bila dah masuk ambil passs bagai .Okay kami berenam meluru masuk ke bangunan yang agak memberi tanda Tanya pada setiap langkah saya .
Tiba di pintu masuk .
Ohh .Okay beratur  push card dulu (pass masuk yg dapat tadi) .Nak push card pun kemain kekot kami .sebab ada dua laluan .utk pelawat dan juga staf kat sana .”Oh  macam ni rupanya “ haha itulah yang ada dalam fikiran setiap laluan kami tempuh .
Apa orang kata .Macam rusa masuk kampong ! hah memang tepat .
Then,berjalan masuk ramai pula pegawai pegawai yang lalu lalang ,pandang pun macam nak makan orang ja .haha
Kami pilih Lif .
Ramai .Seriously semua tengok .macam tahu tahu ja kami baru first time sampai kat sana haha .
Bila sampai di tingkat 2 .
Okay Bahagian Sumber manusia .
Ha betul lah .Okay jom masuk .Eh push card lagi .Bila push card sorang .semua masuk .TuT Tut Tut ! Bunyi weyh! Alamak canne .Oh kena push card sorang sorang la ni .HHU jenuh menunggu .
Okay tengok jalan mana nak pilih .Cari information board ke Unit Psikologi .Oh okay jalan jalan jalan .Akhirnya jumpa jugak .
Wah nak masuk kemain takut .Bila dah jumpa pegawai kat sana .Oh okay sangat sempoi .dan Boss kami sangat mementingkan attitude .Okay .Sedikit demi sedikit kami di ajar selok belok kat sana dan apa yang mereka nak . Kaunselor berdaftar kat sana ada 4 orang .Semua hebat hebat !
InsyaAllah .
Saya harap dapat beri khidmat  terbaik sebagai Pegawai Psikologi ( Pelatih ) kat sana .
Mudah mudahan Tuhan bantu .
Korang semua pun doa lah untuk saya jugak taw ! .


Bye ! Sayang semua !
   

4 comments:

Lifestyle

Awak Kat Mana? Awak Kat Mana?

November 03, 2014,9 Comments

LAGU TAUFIQ BATISAH




“AWAK KAT MANA”

Uwhoah! Seriously suka sangat dengar .Suka dengar lagu ka dah terpikat dek orangnya ? Eh “- -

Itu kata hati .
Memang teruja tengok si penyanyinya juga .
Hensem .
Pff .

No way! Please jangan komen pasal Taufiq batisah .
Ehee .kalau nak komen pasal taufiq memang buat I jatuh cinta sanggup nak p pinang larh .ahha .

Okay .bagi saya lagu tu ,OhhOo memang best .

Something kelainan dari segi lirik .
Cara penyampaian dalam video ‘gediknya’ .

Ehee .Maaf Taufiq Batisah
Ahhaha tak leh dengar bila last dye Tanya .

*EH MELUAT TAK?*

 mestilah meluat kalau bagi perempuan yang tak mengiakan semua baik kata dalam lirik lagu tu .Okay kalau tak faham mesti awak semua tak hayati lagi setiap baik kata lirik lagu tu .

Seorang lelaki yang tak suka bila sang gadis 
yang selalu sangat berTanya “Awak kat mana,awak kat mana’’

Oh .kalau saya sang jejaka pun saya tak suka si gadis yang selalu sangat call ,message Tanya “Awak kat mana,Awak kat mana”
Boleh meluat,boleh menyampah dibuatnya .

So kalau bercinta .berhati-hati jaga tingkah laku baikmu wahai sang gegadis .
Oh saya tak seru untuk hangpa semua bercinta .
Ini bukan hanya untuk sang bercinta ,sang yang berumahtangga pun sama .
Si suami memang tak suka kalau si isteri selalu sangat bertanya .
Sampaikan sejam sekali call ,asyik mesej  nak tahu “Awak kat mana’’
Apa orang kata ,queencontrol ! Yeehaaaa 


TAPI .
Kalau anda si jejaka tahu tak  itu disebabkan kasihnya seorang perempuan .
Mungkin .
Pertamanya mereka itu,
 terlalu amat sayangkan hubungan mereka .
So,
Dalam fikiran mereka .
Patut mereka tahu si jejaka mereka kat mana .


Mungkin jua,
Risau si jejakanya beralih arah untuk orang lain .

Eh ,kalau dah bertahun hubungan atau dah bercinta dan sudah menjadi halalnya .
Siapa yang tak sayangkan sesebuah hubungan .Betul tak .?

Bagi saya.
Memang saya tak memihak mana mana .
Betul bait kata lagu “Awak kat mana”

Jika ianya dibalik pusingkan lirik disampaikan pula untuk sang jejaka pula macam mana?
Sang jejaka juga ada sikap berupa itu .
Selalu mesej /call Tanya “Awak kat mana”


Sama saja .

Sayang
Risau
Takut .

Itu sebab adanya soalan .
“Awak kat mana”

So jika kita sebagai orang yang menyayangi .
Perlunya bagi ruang untuk mereka .
Tak semua people suka dikongkong .
Even .itu tandanya cinta /sayangnya lebih .
sebab itu selalu dengan soalan “Awak kat mana”

Jaga tingkah laku kata kita  dalam setiap perhubungan .

Bukan hanya hubungan cinta .
Malah hubungan persahabatan .
Hubungan kekeluargaan .
Itu sama .

Bila adanya keselesaan untuk kita kita bersama .
Pasti adanya sebuah kebahagian .
InsyaAllah .
Nantikan lagu “Saya kat sini "
dari PuteryMemory.com
Eh .
Menyampah tak ? AHHHA .













Memang tak tido malam 
Eh K bye . 

Thanks reading 


9 comments:

Lifestyle

Wah PuteryMemory ada bodyguard?

October 23, 2014,3 Comments

First time ada bodyguard 




Sekarang saya ada tiga Bodyguard .
Oh .dua hari lepas .saya ke Danga Bay tak sangka tiga jejaka muda hensem sanggup jadi my bodyguard . eCeh !

Best tak?
Mestilah ,sape tak suka ada bodyguard.
Siapa ?
Oh ada lah .

Yang penting bodyguard saya mestilah hensem hensem !

Sape nak apply boleh pm okay?
*bodyguardtanpagaji*

So apa yang saya rasa bila jenjalan ada bodyguard?
Rasa selamat ? !
Mestilah .

Rasa kelakar pun ada .
Ahahhaha .

Kenapa bodyguard saya ni semua lawak lawak ?

ada longkang ,ada air kat jalan ,ada kon kat hadapan .semua dia warning .

Eh ,hati hati ada kon kat depan ! eh air ! *sebab time tu lepas hujan* eheh .
Saya apa lagi .Terkekekek gelak .

Huhu Bestlah korang bertiga ni !

So kalau korang baca blog saya .jangan nak perasan hensem ya!
haha.

Bila ingat balik .
Eh ,kesian kat mybodyguard .
tapi tak pe .

Sebab korang macam suka ja jadi bodyguard saya .HaHaHa *gelakjahattutupmuka*


opps AHAa!
yang paling best salah seorang belanja saya minum .

Oh mestilah .
bodyguard saya mestilah kena baik budi, baik tingkah laku dan tak kedekut .
Ehheh .


Okeh .

Anyway .Thanks to my bodyguards .
Nanti jika saya perlukan korang .
Kena bertindak pantas okeh .


Tanpa sebarang alasan .

Okeh .


Firdaus
Ridhwan
Adi .

Mention nama siket kasi femes .

Burbye Selamat Sore pembaca  ! xD




3 comments:

Filem

PENGANTIN MALAM

October 17, 2014,1 Comments



PENGAJARAN DARI PENGANTIN MALAM


Sudah aku menelaah

 kisah sebuah cerita yang banyak memberi pengajaran buat semua manusia .
Bukan hanya lelaki malah wanita .


Si jejaka ,
kacakkah jika kamu menyeksa isteri dengan mengadakan hubungan tanpa halal
dengan wanita lain yang bukan halalmu ?
Betapa parah .
Betapa perit  diri menahan nafsu tergoda dengan wanita selain isteri .
Itu dugaan .
Tiada kemenangan dalam diri hebatmu jika nafsu menjadi tonggak dalam kehidupan .
Apa kamu rasa ia sungguh menyeronokkan sehingga lupa akan ada hati halalmu terluka .
Terluka dek kebahagian yang di cari bukan dari jalannya .

Akhirnya,
 lelaki pasrah kehendak takdir .
Iaitu Bukan nafsu akan menjadi kemenangan .
Bukan nafsu .
kerana pasti ada kebahagian disebalik agama di sisi .
Pasti beroleh syurga untuk mereka yang menyentuh hati para wanita
dengan Halal caranya .



Dengan tidak melukai walau dengan setitis air mata  .

Hati wanita terlalu nipis .
Yang boleh mengeluarkan sejuta air mata .

Jika kau si HAWA
 Pasti kau merasai apa itu kebahagian untuk hak milik diri .
Bukan dikongsi dengan sesiapa  .

Oh berhakkah seorang wanita mengatakan itu .
mungkin tidak berhak
oleh sebab ada kemampuan
 untuk para lelaki memberi peluang kepada wanita yang memerlukan kebahagian .
Wanita wanita yang berhak.Mungkin kau faham.
Wanita yang berhak diberi peluang itu siapa .

Ya contoh yg paling berhak
*ibu tungggal yg mempunyai anak 10 ,kahwinilah mereka ,dan kau isteri pasti peroleh kesenangan bila kesenangan dikongsi untuk mereka yg sangat memerlukan perlindungan seorang lelaki *



Bukan mencari halal dengan NAFSU menjadi yang Utama .
Fahamilah sedetik ia ,agama didahului tanggungjawab dilaksana
pasti peroleh nikmat dari Tuhan .

  


"AGAMA TAK PERNAH MENGECEWAKAN MANUSIA ,

TETAPI MANUSIA YG SELALU MENGECEWAKAN AGAMA "




NAFSU MENGATAKAN PEREMPUAN ITU CANTIK ATAS DASAR RUPANYA
AKAL MENGATAKAN PEREMPUAN ITU CANTIK
 ATAS DASAR ILMU DAN KEPINTARANNYA
         HATI MENGATAKAN PEREMPUAN ITU CANTIK ATAS DASAR AGAMANYA

PENGAJARAN
SUAMI : JAGA NAFSU KERASMU
ISTERI :JAGA TANGGUNGJAWABMU LEBIH UNTUK SUAMI DAN KELUARGA










 Sekian,
JIWA YG SENTIASA INGINKAN KEINDAHAN HIDUP
TUNJUKKAN CINTA KE AKHIRNYA






1 comments:

Lifestyle

BINATANG KESAYANGAN

October 08, 2014,3 Comments

Sang KESAYANGAN Saya  ! 




Kat mana ha kedai arnab kat sini?
Dari pertanyaan itu ,tiba tiba dua ekor arnab yang sangat comel menjadi hak milik diri .
Bukan hanya arnab comel tapi beserta sangkar putihnya .Cantik .

Nak cari seekor sahaja ,dapat dua ekor katanya nanti arnab ni sunyi kalau dia tak ada pasangan hidup .
Oh okay .




Sesuatu yang diidamkan tetiba kita dapat ,mestilah Happy sangat kan ! Masa tu kat rumah sewa ,so hari hari dapat belai dan jaga dengan penuh kasih sayang .
Makanan dia dedak atau sayur sayuran ,especially Kangkung sebab murah kan .Ehhe .


Tuan dia pun suka makan kangkung .
Nama dia Blacky dan Pinky .Wahaha ! Pelik tak? Encik hitam dan Cik pink .kui kui .
No I letak nama tu sebab warna mata dia cantik sangat dan kaler tu lah yg membezakan budak domok dua ekor tu hhi .
Sekor mata hitam sekor mata pink .Secocok kan !



Saya tak tahu berapa lama saya dapat bersama arnab kesayangan tu ,sebab terpaksa bawa balik .Ibu yang jaga kat rumah .

Well ,lama jugak my kesayangan blacky dan pinky family yg jaga kat rumah ,lupa mungkin sebab masa tu nak dekat peperiksaan akhir so terpaksa berjauhan dengan mereka .Bukan apa risau takut tak terurus kat sini .
Haa,bila balik je kg mestilah i dapatkan mereka dulu ,suka sangat bukak sangkar ,ambil belai then lepas dalam rumah .

Tut tut .pot pot .
Boleh dia eyakk!
Hhe memang nak kena rotan .hhe itulah rutin bila kat rumah .bagi makan,cuci sangkar .






Rindu sangat black dan pink !
Mungkin tak da rezeki nak tengok diorang besau .

hmmm ! Tiba tiba ibu cakap black tak makan ,kurus sangat .then diikuti dengan pinky .
Sape tak susah hati binatang kesayangan sakit kat rumah !
Isk .
Bila balik kg ,I tengok dia memang kurus .Esoknya .
Hey black ,pink bangunlah ! bangun! : (
 dah tak da babe.sedey tuhan tahu .
Ibu cakap mungkin black n pink makan sayur yg tak basuh .
Anak anak buah ramai ,ramai yg berebut bagi pink dan black makan satu hari tu .
Sedih tapi pasrah harus terima kenyatan .Arnab kesayangan yang awak bagi dah tak da .
Sorry kalau saya tak pandai nak jaga pemberian tu .
Im sorry .








Rindu black Pink ! 

3 comments:

Lifestyle

CABARAN 30 HARI : HARI 2

September 19, 2014,6 Comments



Assalamualaikum .

Moga Moga tak terlambat untuk diri mulakan sahutan 30 hari KELAB BEN ASHAARI .



5 CARA MEMENANGI HATI SAYA?




  • MEMINATI APA YG SAYA MINAT  
  1. suka seni (photography,fashion,motivation )
  2. suka travel
  3. suka masak

  • HORMAT ORANG TUA .tak kira siapa,bukan hanya ibu ayah saya hanya .Itu dah lain ! ehem 

  • PROFESIONAL DALAM BERCAKAP

  • BAIK HATI LEBIH ,susah nak tafsirkan someone yang berhati baik ini macam mana,tapi berkelakuan baik itu saya suka .

  • PANDAI BUAT LAWAK tapi bermanfaat .







Itu sahaja mungkin,
buat ketika ini .

Thanks pembaca setia :D 
ehem ,mungkin awakla tew orangnya ehh ! xD





6 comments:

Lifestyle

CABARAN 30 HARI : HARI 1

September 19, 2014,1 Comments


Assalamualaikum .

Moga Moga tak terlambat untuk diri mulakan sahutan 30 hari 
dari KELAB BEN ASHAARI .



1 GAMBAR TERBARU & 5 FAKTA TENTANG SAYA?




  • ANAK TERAKHIR DARI 13 orang adik-beradik ! *it's amazing ! *  im very love my big family .


  • SENI Is My Kecintaan  *photography,modelling,acting ,informal emcee,fashion, drawing,writing ,skating* Itulah kecintaan yang dipanggil seni oleh diri mahupun jiwa * She's Gadiseni ,please bangkit ! 


  • sangat Cinta MOTIVATION  *cita-cita pakar motivasi berjaya insyaAllah .well ,i want start my dream from this way .yeah my penulisan ! 


  • Suka jadi DIFFERENT than another one.


  • Tiada gang .Tak suka berpuak-puak .Suka BERDIKARI sendiri .







Okay .kenapa saya letak fakta semua yang positif?
Sebab itu adalah apa yang akan dirumuskan oleh fikiran pembaca .

Setiap tulisan mencerminkan keperibadian .

Itu halnya ,yang diri belum amalkan dalam setiap tindak tanduk perbuatan tulisan .

Moga Moga .
Ia boleh jadi Motivasi untuk setiap pembaca .





  tHanks readers .


IG : @puterymemory


1 comments:

Segmen Ben Ashaari :Impian ku ,Seorang Blogger

September 11, 2014,16 Comments





Assalamualaikum Pembaca Semua (:
.
Abang Ben .Ini first time join segmen abang Ben tahu tahu .Ehe .so semangtla siket .Eheh .

Hai kesayangan !

Saya Mar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Putery Memory ,hey memang bukan putery tapi hanyalah 'penyimpan kenangan tegar ' ,that's mean ,I'm very love save moments . Setiap apa yang saya lakukan dan pergi ,wajib ada kenangan melalui gambar atau penulisan .sebab itulah suka saya untuk brand kan diri as Putery Memory .ewah . Saya pelajar universiti tahun akhir   bidang kaunseling .Bakal kaunselor .InsyaAllah :) juga Part time model and blogger .Masih bukan sepenuh masa hendaknya .

Kini sudah bergelar Leftenan Muda dalam askar wataniah dan akan melapor di kem 506 .
Mestilah anak terakhir dari 13 orang adik beradik .Wah ! terkejut? .Alhamdulillah .

Ok .straight to the point .
Kelebihan blog saya? Hurm .Nak angkat bakul sendiri lah .eheh .
Blog saya tiada kelebihan tersendiri .Tapi i still nak cakap blog saya special ! why :

- Blog saya lebih kepada penulisan santai tapi bermotivasi .Sebab saya nak setiap pembaca blog saya akan dapat sesuatu untuk diri dan kehidupan mereka .yeah ,we enjoy in life but still be humble person right? 

-Blog saya istimewa ,sebab sangat flexible ! tak kira bab apa ,asalkan ia bagus untuk masyarakat sekeliling ,saya akan bercerita dan bercerita tanpa henti ,relate dengan diri itu semestilah kan sebab siapa tak suka bercerita pasal diri sendiri eheh .

-Haa ,satu lagi blog saya sangat simple ,saya hanya pilih backgroud putih sahaja bukan untuk diri sendiri tapi untuk pembaca diluar sana senang untuk membaca ,untuk stalker *ehh .ada ke* (wajibla ada kan) Then ,Tak menyerabutkan .Tak stress ? ehee .

-So saya mengalu-ngalukan pembaca membaca blog saya dan mengambil apa yang baik dan biarkan apa yang buruk .Itu sahaja .







Oh impian saya jadi seorang blogger bukanlah untuk mengejar trafik atau Follower
 *Tengok follower ciput hanya* Ehhe . 
Tak kisah .sebab impian saya hanyalah untuk berkongsi sedikit pengalaman dan juga motivasi untuk pembaca .Mungkin ,Impian saya untuk jadi seorang pakar motivasi bermula dari sini :) 


InsyaAllah ,sama-sama doakan .
Aameen .


16 comments:

Aku cinta DIA

August 05, 2014,5 Comments

"Aku cinta dia kerana agamanya. Jika hilang agamanya, hilang jugalah cintaku padanya."



Selalu kita ucap benda ni. Selalu juga kita baca orang tulis begini. Aku tak kata salah, malah aku tak berapa gemar sentuh bab cinta. Sebab aku... serik? Mungkin.

Okey aku nak straight to the point. Tapi sebelum tu, aku nak bagi tahu. Entri kali ni kurang santai. Sebab ia melibatkan cinta. Felamaks.

Kalau betul kita cinta, kita sanggup buat apa saja. Itu memang semulajadinya akan berlaku. Sampai ada yang kata, 'Lautan api pun sanggup aku renangi.' Heh. Tak ada lautan api depan mata bolehlah cakap. Cuba kalau betul-betul ada? Bukan setakat redah lautan api, jumpa wali pun tak berani. Ada hati konon nak kata itu cinta sejati.

Nak tahu betul atau tidak cinta sejati, akan ada ithar yang jadi bukti. Ithar itu maksudnya mendahulukan orang lain sebelum diri sendiri.

 Ustaz Iftikhar ada cerita , kisah dua manusia yang berkasih sayang kerana Allah. Kisah Abdullah dan Umar (bukan nama sebenar)

Abdullah ketika dihisab di mizan, pahala amalannya kurang satu untuk melayakkan dia ke syurga. Manakalah Umar pula, dosanya sangat banyak, dan cuma ada satu saja pahala. Kiranya dia memang confirm sangat ke neraka.

Lalu Umar dengan rendah hati berkata, "Wahai Abdullah, di dunia kita berukhwah, juga pernah berjanji untuk sama-sama ke Jannah. Namun kini sudah terbukti, aku langsung tak layak untuk ke sana. Kau pula sudah hampir saja layak menjadi penghuni syurga. Ambillah pahala aku, tambahkan ia pada pahala kamu. Semoga timbangan amal kebaikanmu menjadi lebih berat, lalu melayakkan kau untuk ke syurga. Aku ni memang tak ada harapan ke syurga, paling kurang pun, biarlah sahabat aku merasa ke syurga, jangan masuk ke neraka bersama-sama aku."

Terjeda Abdullah ketika mendengar pengakuan sahabatnya, lalu pahala Umar beralih pada timbangan Abdullah.

Abdullah akhirnya layak untuk bergelar penghuni syurga.

Kerana ithar yang ditunjukkan, kerana pengorbanan ukhwah atas dasar cinta fillah, seluruh dosa Umar diampunkan. Lalu berjalanlah kedua sahabat itu masuk ke syurga bersama-sama.

Sekian.

Point yang boleh disampaikan sebenarnya, ukhwah fillah, ithar juga cinta yang menyebabkan kedua-dua sahabat itu berjaya ke syurga.

Berbalik kepada tujuan asal aku, betulkah kita cinta? Tahap apa cinta kita? Kerana apa cinta kita? Siapa yang lebih kita cinta? Sejauh mana kita cinta?

"Kalau benar cinta, pasti hendak bersama-sama hingga ke syurga. Apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya." - Hilal Asyraf

Kita kata kita cinta dia kerana agama yang ada padanya. Cuba bayangkan satu hari nanti, dia tersasar daripada track dakwah dan tarbiyah. Adakah masa tu kita nak tinggalkan dia kerana hilang agama padanya? Atau kita terus bersamanya bantu dia untuk sama-sama menggapai mardhotillah?

Aku bukan kata tak boleh jatuh hati pada agamanya, tapi kerana jatuh hati pada agamanya lah, kita kena turut sama-sama serta dalam agamanya. Supaya bila satu hari nanti salah seorang tersilap arah, ada yang lagi satu hadir membantu.

Tak kenal, maka tak cinta. Kita masuk bab cinta Allah dan Rasulullah yang orang kata too mainstream pula. Sejauh mana kita kenal Allah? Kalau tak kenal, macam mana nak cinta bro? Then boleh kata ini tajuk paling mainstream pula. Haih.

Aku.. Aku tak mampulah berhujah panjang fasal cinta-cinta dan agama ni. Banyak aku nak cerita, tapi banyak yang tak terluah. Banyak yang tersimpan.dan kalau bab agama ,aku masih kering kontang ilmunya .

Bila si gadis terjatuh sebab ujian hati, memang hilanglah macho  .eh ! macho ke haaha ,mungkin macho untuk aku hanya .

*duduk di penjuru bilik*

Mana ada tarbiyah yang mudah. Mana ada tarbiyah yang tak susah. Mana ada tarbiyah yang seronok. Tarbiyah itu pahit, sebab mahar ke syurga bukannya sedikit.

*lap air mata*

Sebelum jauh aku mengarut, baik aku berhenti menulis.

Heh. Lembik sangatlah kan aku ni sebenarnya. Tapi impak cinta, bukan permainan jiwa yang biasa. Jom bekerjaya dahulu ,  lepak sama-sama bina impian sampai berjaya  .

Langkah lah wahai diri, melangkah. Kau tak boleh duduk lama-lama dalam kenangan. Hidup ni perlu diteruskan. Perlu. Perlu. Itu semua kisah lalu. Fuh.

5 comments: