Oh! EveryDay is HotDay :'|

May 13, 2013,2 Comments


Salamalaik Si Hensem Si cantek Semua !

Rasa x apa yang saya rasa sekarang ,Yes panas ,sangat_sangat panas .
Housemate dah mengeluh ,panas sampai tak dapat tidur lena .
Sabar ya semua ,saya pun rasa yang sama .
Mungkin kita semua terlupa yang bumi tempat kita berpijak sekarang sangat-sangat tua .
Sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui .Wallahualam 
Setiap dugaan yang hadir ,kita pasti sabar .

InsyaAllah ,

if S A B A R itu kita manfaatkan ketika H A T I JIWA kita sedang teruji .
kita pasti diberi perlindungan .

tak perlu nak maki hamun ,nak marah ,mencaci kejadian tuhan .
Tuhan Sedang menguji aku pasti .


aUcak! Ha sempat lagi  itew  maen sorok-sorok hhe btw thanks my photographer Abd Rahim Ahmad
credit pic ;https://www.facebook.com/abdrahim.ahmad?ref=ts&fref=ts


Dibawah ny putery ada kepilkan sedikit ikhtibar untuk kita pada waktu sekarang,maybe kita terlupa sedikit "tentang kita  untuk kita" di Akhirat kelak .InsyaAllah .Amin


1. Apabila harta rampasan bertukar tangan.
2. Apabila amanah dianggap satu keuntungan.
3. Apabila zakat dianggap sebagai denda.
4. Apabila suami mentaati kata isteri (suami yang dayus).
5. Apabila Ibu diderhakai.
6. Apabila kawan lebih diutamakan.
7. Apabila bapa diabaikan.
8. Apabila masjid tidak lagi dihormati, suara-suara sumbang kedengaran di masjid.
9. Orang yang tidak bermaruah memimpin negara.
10. Melantik orang bodoh sebagai pemimpin bangsa.
11. Apabila orang jahat dimuliakan kerana takut kepadanya.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila lelaki meminum arak.
14. Apabila penyanyi wanita didewa-dewakan.
15. Apabila umat zaman tersebut melaknat umat terdahulu.
Maka tunggulah angin panas atau gempa bumi atau wajah-wajah akan diubah.
Hadis Riwayat At-Tirmizi -1001 Hadis Pilihan.

Rasanya Putery tak perlu jelaskan lebih lanjut Hanya kata mengungkap kata,hanya jiwa memahami peristiwa,hanya hati akan ingatkan mati .Sama_Sama kita FIKIR/RENUNG /AMAL :)



kat bawah ni ,ada secubit berita untuk pembaca blog putery ;




KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.
"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya. 
Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998.

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C)," katanya.

Saw berkata, keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak, seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu.

Beliau menasihatkan orang ramai mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya.


credit to Encik Google lah 







Jadi Putery jua menasihatkan korang semua minum lah air manyak-manyak ya :)
1hari 1mineral besar putery habiskan sekarang yeah .berjaya minum air manyak ,
lau tidaak ,peyot ni hemangnya degil+malas nak minum air kosong tanpa gula ,hhe 



BYE semua ! c u again :) 
Thanks 















You Might Also Like

2 comments:

  1. ya skrang ni mmg panas. tp semua ni ujian dariNYA. :) kita sbgai hambanya perlu bersabar.

    ReplyDelete